Utusan Borneo (Sarawak)

Enam nelayan hampir maut, terapung di laut tanpa makanan

-

KUANTAN: Enam nelayan hampir maut akibat terapung tanpa makanan selama dua hari setelah bot mereka karam dipukul angin kencang di sekitar perairan Kemasik, 32 batu nautika dari Kuala Kuantan, pada malam hari Ahad lalu.

Khairul Anuar Yusof, 29, berkata beliau dan rakanrakan­nya terapung dengan hanya berpaut pada pelampung.

Ketika itu mereka nekad untuk menghadapi segala kemungkina­n kerana mereka tidak punya bekalan makanan dan minuman.

“Saya beritahu yang lain agar pastikan terus berada bersama-sama dan reda jika ada apa yang tidak diingini berlaku.

“Biar kita sama-sama pergi (meninggal dunia)... sudah terfikir tidak akan berjumpa dengan keluarga, sehinggala­h ada bot (tunda) yang melihat kami di laut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mereka berjaya diselamatk­an oleh bot berkenaan.

Khairul Anuar yang berasal dari Berjaya Permai di sini berkata beliau keluar ke laut pada malam Sabtu lalu, bersama-sama tekong bot Mohd Faisal Anuar, 29; dan dua adiknya Mohd Hafiruddin, 28; Mohd Afendi, 26; serta Zulkifli Zaini, 30; dan Mohd Kahar Anuar, 28.

Mereka ditemui oleh bot tunda itu di sekitar perairan Kemasik, dan mereka dibawa ke Jeti Polis Marin Wilayah Tiga di Tanjung Api, di sini kira-kira lima jam perjalanan dari lokasi mereka ditemui, semalam.

Kesemua mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Sementara itu, Zulkifli ber- kata bot dinaiki mereka karam sekitar jam 11.30 malam Ahad lalu, selepas dipukul angin kencang semasa mereka semua sedang berehat.

“Saya rasa bot bergegar kuat dan tiba-tiba mulai karam... keadaan begitu kelam-kabut dan kami sempat berpaut pada pelampung.

“Selepas sehari berada di laut, saya mula rasa peluang untuk hidup semakin tipis kerana kami tiada makanan dan air minuman,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL: Hasbi (kiri) menunjukka­n pelampung yang menyelamat­kan nelayan ketika hanyut dua malam akibat bot mereka karam dipukul ombak di perairan Kemasik sebelum diselamatk­an dan tiba di Pangkalan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL: Hasbi (kiri) menunjukka­n pelampung yang menyelamat­kan nelayan ketika hanyut dua malam akibat bot mereka karam dipukul ombak di perairan Kemasik sebelum diselamatk­an dan tiba di Pangkalan Polis Marin Wilayah Tiga, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia