Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem menjaga kerahsiaan pengundian, tiada akses ‘pintu belakang’

-

KUALA LUMPUR: PKR telah melantik auditor bebas bagi memantau proses pemilihan parti itu yang dijalankan secara e-undi bermula 14 September hingga 13 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Pusat ( JPP) Dr Azdman Hedra berkata langkah itu bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, telus dan berintegri­ti.

“Ini bagi membuktika­n sistem yang pertama kali dilaksanak­an ini tidak terpalit dengan isu integriti dan manipulasi data seperti yang dibimbangi calon yang bertanding,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Adzman berkata auditor terbabit akan memantau keseluruha­n perjalanan pengundian daripada sebelum, semasa dan selepas pengundian.

Sementara itu, beliau menjelaska­n sistem e-undi bukan sistem pengundian dalam talian seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak tetapi merupakan kertas undi digital dalam peranti elektronik bagi memudahkan dan menjimatka­n masa, kos serta tenaga manusia.

“Kita ingin menegaskan bahawa sistem ini adalah sistem undian tanpa kertas iaitu pengundi hanya perlu menekan butang pada peranti yang disediakan di kaunter

Kita ingin menegaskan bahawa sistem ini adalah sistem undian tanpa kertas iaitu pengundi hanya perlu menekan butang pada peranti yang disediakan di kaunter saluran yang dibuka pada hari pengundian.

saluran yang dibuka pada hari pengundian.

“Sistem ini masih menjaga kerahsiaan pengundian anggota dan tidak membenarka­n sebarang akses ‘ pintu belakang’ daripada mana-mana pihak termasuk JPP untuk memanipula­si sebarang data termasuk jumlah undian,” katanya.

Beliau berkata pada hari pengundian, pengesahan identiti hanyalah melalui kad pengenalan dan setiap anggota yang ingin mengundi mesti menunjukka­n resit rasmi bayaran yuran tahunan keanggotaa­n bagi 2018 kepada pengawas JPP yang bertugas sebelum slip kod bar digital dapat dicetak keluar dan diserahkan.

Slip kod bar digital yang dibawa oleh anggota tersebut akan melalui proses imbasan dan kertas undi digital akan muncul secara automatik pada skrin peranti elektronik yang digunakan mengikut Segmen Jawatan yang layak diundi.

“JPP membenarka­n pengundi membawa masuk slip atau nota atau cebisan atau catatan yang dijadikan sebagai rujukan pantas ketika menanda kertas undi digital,” katanya.

Menurut Azdman sistem itu ‘mesra buta huruf’ kerana gambar dan nombor calon tertera pada skrin, memudahkan pengundi membuat pilihan.

“Menerusi sistem ini, bermakna ia ‘zero undi rosak’ kerana mempunyai ‘ lock system’ iaitu pemilih tidak boleh klik melebihi jumlah calon yang boleh dipilih.

“Ia juga akan mengira jumlah undi secara automatik dan kita jangka keputusan diperoleh dalam masa singkat,” katanya.

Pada hari pengundian yang akan dibuat di pusat cabang negeri, sebanyak empat saluran akan dibuka iaitu saluran satu lelaki berusia 35 tahun ke atas, saluran dua (wanita 35 tahun ke atas), saluran tiga (lelaki 35 tahun ke bawah) dan saluran empat (wanita berusia 35 tahun ke bawah).

Kira-kira 800,000 anggota PKR seluruh negara layak mengundi pada pemilihan kali ini yang melibatkan 218 cabang di seluruh negara.

Seramai 300 JPP dan 3,000 petugas akan terlibat dalam memastikan kelicinan pengundian dan 600 buah peranti e-undi akan dimobilisa­sikan sepanjang pemilihan itu berlangsun­g.

Pengundian peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan bermula pada 14 Sept di Kelantan dan Terengganu, 15 September (Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang), 17 September (Kuala Lumpur), 22 September (Pulau Pinang dan Kedah), 23 September (Selangor), 29 September (Johor), 30 September (Perak, Perlis), 6 Oktober (Sarawak) dan 13 Oktober di Sabah.

Proses penamaan calon peringkat cabang telah berlangsun­g pada 27 Julai lalu termasuk pada 5 Ogos bagi peringkat MPP namun penamaan calon untuk Selangor hanya akan dibuat pada 12 Ogos ini berikutan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas. — Bernama

Dr Azdman Hedra Timbalan Pengerusi JPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia