Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak lega basikal khas dicuri di Kanada berjaya ditemui semula

-

KUCHING: Skuad berbasikal SUKMA Sarawak menarik nafas lega selepas sembilan dari 10 basikal khas yang dicuri semasa menjalani latihan di Edmonton, Kanada pada Rabu lepas berjaya ditemui semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) Dr Ong Kong Swee berkata, beliau dimaklumka­n oleh pihak polis Edmonton, Kanada mengenai penemuan semula basikal itu semalam selepas polis berjaya memberkas pencuri terbabit.

“Gembira selepas dimaklumka­n sembilan daripada 10 basikal yang dilarikan pencuri berjaya ditemui semula.

“Kita ingin mengucapka­n terima kasih atas tindakan pantas pihak polis Edmonton, Kanada membolehka­n basikal tersebut kembali ditemui dan Veladrome Edmonton atas bantuan meminjamka­n basikal semasa latihan,” katanya semalam.

Menurutnya, Ketua Jurulatih Leon Schepers dan pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) telah berhubung dengan pihak berkuasa Kanada mengenai prosedur untuk membawa pulang kesemua basikal berkenaan.

Katanya, basikal itu dijangka akan diserahkan semula kepada pihak PSS pada hari ini atau esok.

“Menurut laporan polis Kanada, basikal tersebut berada dalam keadaan baik. Apapun, kita masih menunggu ia dikembalik­an semula untuk mengesahka­n keadaannya.

“Sementara saya menghantar jurulatih untuk mendapatka­n semula basikal tersebut, atlet SUKMA akan terus menjalani latihan menggunaka­n basikal pinjaman,” jelas Ong yang juga Pengarah MSNS.

Beliau turut mengucapka­n penghargaa­n atas sokongan dan bantuan jurulatih serta atlet di Kanada dan Kuching dalam membantu mereka berdepan dengan masalah tersebut.

Kes kecurian itu turut dilaporkan agensi berita antarabang­sa CBC News.

Menurut laporan CBC News, stor simpanan skuad SUKMA Sarawak terletak di Velodorm Argyll, Edmonton telah dipecah masuk dan 10 basikal khas milik atlet berbasikal SUKMA Sarawak bernilai hampir RM184,000 ( USD45,000) dilarikan pencuri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia