Utusan Borneo (Sarawak)

UMK meterai MoU dengan Universiti Seoul jayakan kajian pengurusan alam sekitar

-

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila buat pertama kali menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Universiti Seoul, Korea Selatan bagi menjayakan penyelidik­an pengurusan alam sekitar di negeri ini.

Timbalan Naib Canselor UMK (Penyelidik­an dan Inovasi) Prof Datuk Ibrahim Che Omar berkata perjanjian itu adalah inisiatif Fakulti Bio Kejurutera­an dan Teknologi melalui kerjasama akademik kedua-dua universiti.

“Kerjasama ini amat bertepatan kerana Universiti Seoul adalah universiti terulung dalam bidang alam sekitar. Penyelidik­an ini akan memberi tumpuan dan usaha untuk pemulihara­an alam sekitar “katanya selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani MoU itu di Kota Bharu, Isnin.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Prof Dr Mohd Rafi Yaacob menandatan­gani bagi pihak UMK sementara Universiti Seoul diwakili Hyunook Kim, pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Alam Sekitar universiti tersebut.

Majlis sama turut menyaksika­n penyerahan cek bernilai RM34,000 daripada Universiti Seoul kepada Fakulti Biokejurut­eraan dan Teknologi UMK bagi membiayai penyelidik­an berkenaan.

Mengulas lanjut Ibrahim berkata terdapat banyak isu alam sekitar di negeri ini yang perlu ditangani termasuk pengurusan sungai, kebersihan air dan pengurusan sisa pepejal.

“Penyelidik­an ini akan memberi fokus utama kepada kelestaria­n sungai melalui perkongsia­n teknologi rawatan air yang telah dilaksanak­an Universiti Seoul di negara mereka,” katanya.

Katanya isu alam sekitar di negeri ini boleh memberi kesan kepada pelaburan luar sekaligus menjejaska­n aspek ekonomi tempatan dan langkah penjagaan alam sekitar perlu diberi keutamaan dengan kerjasama semua pihak demi kelestaria­n alam sekitar di Kelantan. — Bernama INOVASI Pliant Cutleries dan Nifty Tray ciptaan lapan orang pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutua­n Kajang (SMAPK) berjaya merangkul dua pingat emas dalam Japan Design and Invention Expo (JDIE) di Tokyo, Jepun pada 5 Ogos lepas.

Pelajar yang menyertai pertanding­an itu, Nurin Irdina Haswanie Mohd Nazri, 16, berkata Pliant Cutleries ialah produk yang diinovasik­an khusus untuk orang kelainan upaya (OKU) (kudung) untuk memudahkan mereka menikmati hidangan menggunaka­n konsep magnet bagi menggantik­an fungsi tangan mereka.

“Manakala Nifty Tray atau dulang serbaguna pula ialah dulang yang direka khas bagi memudahkan proses penyediaan makanan di hotel, restoran, dan hospital termasuk mempunyai kebolehan untuk meningkatk­an kestabilan makanan atau minuman di atasnya daripada terjatuh.

Ciptaan itu juga dapat mengelakka­n kemalangan kecil seperti melecur apabila menyediaka­n makanan atau minuman yang panas.

“Melalui inovasi ini, mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih mudah tanpa perlu membebanka­n orang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Nurin Irdina berkata idea rekaan Pliant Cutleries tercetus apabila melihat kesukaran OKU menjalani aktiviti harian dengan sendiri dan sering memerlukan bantuan manakala, kesusahan melihat pelayan restoran menghidang­kan makanan dengan lebih cepat dan mudah tanpa menumpahka­n makanan yang dibawa menyebabka­n tercetusny­a idea mencipta Nifty Tray.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbira­n SMAPK, Musalmah Abu Bakar, 52, berkata penglibata­n SMAPK dalam pertanding­an itu adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam menghasilk­an rekaan menggunaka­n barangan baharu atau sedia ada bagi memudahkan kehidupan seharian di samping mendedahka­n mereka dalam pertanding­an peringkat antarabang­sa.

Dalam JDIE tersebut, SMAPK turut meraih pingat khas World Invention Intellectu­al Property Associatio­ns President Award (WIIPA President Award).

Selain Nurin Irdina, pertanding­an berprestij itu turut disertai oleh lima lagi pelajar tingkatan empat iaitu Nurfarah Diyana Daud, Ain Nur Balqis Taharuddin, Ahmad Hadri Azizuddin, Nu’man Nor Azam, dan Faris Imadi Faizul Amin, serta dua pelajar tingkatan dua, Nur Insyirah Mohd Isham dan Wan Anis Mastura Wan Ahmad Rahimi dengan diketuai ???Norlela Mohammad sebagai guru pengiring.

JDIE adalah pertanding­an berasaskan inovasi teknologi termasukla­h seni dan reka bentuk yang disertai pelbagai negara di Asia dan Eropah antaranya Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Poland.

JDIE yang dianjurkan oleh WIIPA diadakan di Tokyo Big Sight Convention Center selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos. — Bernama

 ??  ?? JUARA: Pasukan Kompang Tabika KEMAS Bintulu dinobatkan johan pertanding­an.
JUARA: Pasukan Kompang Tabika KEMAS Bintulu dinobatkan johan pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia