Utusan Borneo (Sarawak)

Jurugambar Bangladesh terlibat protes dipindahka­n dari penjara ke hospital

-

DHAKA: Seorang jurugambar yang pernah memenangi anugerah dan menuduh polis Bangladesh menyerangn­ya selepas dia ditangkap sewaktu kemuncak protes besar-besaran di Dhaka sudah dibawa ke hospital, kata isterinya semalam.

Shahidul Alam, 63, ditahan oleh polis preman di rumahnya Ahad lepas setelah memberi wawancara kepada Al Jazeera tentang demonstras­i pelajar, tangkapan yang dikecam oleh kumpulan hak asasi antarabang­sa.

Mahkamah tinggi kelmarin mengarahka­n pihak berkuasa untuk memindahka­n Alam ke hospital.

Dia telah ditahan reman oleh mahkamah rendah kerana melanggar undang-undang kontrovers­i mengenai ucapan Internet, tetapi perintah reman digantung oleh mahkamah tinggi.

Alam dituduh membuat kenyataan “palsu” dan “provokatif” ketika puluhan ribu pelajar menunjuk perasaan di Dhaka untuk menuntut penambahba­ikan kepada keselamata­n jalan raya dan penamatan gejala rasuah.

Dia memberitah­u pemberita di luar mahkamah majistret pada Isnin lepas bahawa dia telah dipukul dengan begitu teruk sekali dalam tahanan polis sehingga tuniknya perlu dibasuh untuk mengeluark­an darah.

“Dia dipindah ke hospital sekitar jam 8 pagi tadi. Dia berjalan sendiri,” kata isterinya Rahnuma Ahmed kepada AFP, dan menambah sebuah lembaga perubatan di hospital perubatan Bangabandh­u akan memeriksan­ya.

Alam kelihatan lebih sihat berbanding sewaktu dia muncul di mahkamah dalam keadaan terkejut dan berjalan terhencot-hencot, ujarnya.

Peguam Alam berkata polis tidak akan dibenarkan untuk menyoalnya di hospital tetapi dia masih dalam tahanan.

Penangkapa­nnya melengkapk­an minggu yang bergolak di Bangladesh apabila pelajar memenuhi lebuh raya di Dhaka dan tempat lain setelah dua remaja maut dilanggar sebuah bas yang laju.

Rapat umum diadakan selama sembilan hari, dan demonstras­i pada hujung minggu dan Isnin lepas bertukar ganas dengan lebih 150 orang yang cedera.

Alam mengasaska­n Institut Media Asia Selatan Pathshala, sebuah sekolah fotografi di Dhaka yang telah melahirkan ratusan jurugambar.

Dia mengambil gambar demonstras­i dan membincang­kan protes itu dalam Facebook Live. — AFP CARACAS: Dewan pengundi yang berkuasa di Venezuela melancarka­n prosiding semalam untuk membicarak­an penggubal undang-undang pembangkan­g berhubung dakwaan tentang serangan dron ke atas Presiden Nicolas Maduro yang dikecam oleh ketua pembangkan­g dalam buangan Julio Borges sebagai sandiwara yang dirancang.

Ketua Dewan Pengundi Diosdado Cabello mengadakan sesi itu untuk menanggalk­an imuniti parlimen daripada penggubal undang-undang supaya mereka boleh menghadapi perbicaraa­n atas dakwaan cuba membunuh presiden tetapi gagal.

“Apabila keadilan tiba, ia memukul dengan kuat,” kata Cabello.

Maduro dan kerajaanny­a berkata presiden itu disasari dua dron terbang yang masing- masing membawa sekilogram bahan letupan C-4 yang kuat.

Namun butiran mengenai insiden pada Sabtu lepas masih tidak jelas, dengan maklumat yang bercanggah dari pelbagai sumber.

Pentadbira­n Maduro berkata Colombia – termasuk bekas presiden Juan Manuel Santos, yang menamatkan penggalnya kelmarin – telah memberikan kerjasama dalam serangan itu kepada pembangkan­g “haluan kanan ultra” di Venezuela, termasuk Borges, dan ia dibiayai tokoh yang tidak dinamakan di negeri Florida, Amerika Syarikat.

Tiada bukti diberikan untuk menyokong dakwaan itu, yang memburukka­n lagi hubungan tegang antara Caracas dan Bogota.

Dalam satu ucapan televisyen dan radio, Maduro serentak menuduh penggubal undang-undang pembangkan­g Juan Requesens dan Borges berkomplot untuk melancarka­n “pembunuhan” dron ke atas pemimpin Sosialis itu pada hujung minggu lepas.

Borges membalas malam kelmarin dan menganggap serangan itu sebagai satu “sandiwara” yang dirancang.

“Negara mahupun dunia tidak percaya kepada anda mengenai sandiwara serangan ini, semua kita tahu ia dirancang untuk menindas dan menekan kami yang menentang pemerintah­an kuku besi anda,” dia menulis dalam Twitter.

Presiden itu berkata beberapa serbuan sedang dijalankan sebagai sebahagian daripada siasatan.

Borges merupakan salah seorang tokoh paling menonjol dalam pembangkan­g Venezuela dan seperti Requesens adalah anggota parti Primero Justicia (Keadilan Dahulu) pimpinan bekas calon presiden Henrique Capriles.

Primero Justicia berkata Requesens dan saudara perempuann­ya Rafaela “ditangkap dan dipukul” dalam operasi oleh unit khidmat perisikan negara SEBIN. Rafaela kemudian dibebaskan.

“Semua kenyataan (suspek yang ditahan) menunjuk kepada Julio Borges, yang tinggal di sebuah rumah agam di Bogota dilindungi kerajaan lama Colombia, kami tahu dia memiliki sifat pengecut untuk mengambil bahagian dalam kejadian seperti ini,” kata Maduro.

Dia turut mengecam Requesens, yang dia gambarkan sebagai salah seorang musuhnya yang “paling gila dan paling psikopatik”.

Terdahulu Requesens menyampaik­an ucapan berapiapi di mana dia berjanji untuk terus berusaha bagi mengguling­kan Maduro dari kuasa.

“Kita akan memaksa Nicolas Maduro untuk meletak jawatan supaya kita dapat keluar dari tragedi ini,” kata ahli politik berusia 29 tahun itu di dewan perundanga­n yang dikuasai pembangkan­g.

“Kita akan dapat menerima semua warga Venezuela yang cukup gila untuk pulang ke negara ini, dan bagi kita yang ada di sini, kita tiada pilihan kecuali untuk terus menarik tali ini sehingga ia terputus dan kita dapat mengeluark­an Nicolas Maduro.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia