Utusan Borneo (Sarawak)

Mengaku tertekan setelah mengetahui suaminya sudah berkahwin

-

KOTA KINABALU: Seorang ibu yang mengaku salah mendera sepasang anaknya kerana tertekan setelah mengetahui suaminya sudah berkahwin, dikenakan denda RM100,000 dan penjara selama 30 tahun, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh berusia 32 tahun, yang disabitkan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 untuk dua pertuduhan.

Pada 1 Januari hingga 31 Julai di kuarters perumahan kilang di sebuah kampung, daerah Kota Belud, tertuduh mendera anak perempuann­ya berusia 11 tahun empat bulan.

Tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama terhadap anak lelakinya berusia sembilan tahun satu bulan, pada 31 Julai jam 12 tengah hari, di tempat sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM50,000 atau penjara selama tempoh 20 tahun, atau keduaduany­a.

Untuk setiap kesalahan itu, tertuduh dikenakan denda RM50,000 atau penjara enam bulan, serta penjara 15 tahun, bermula dari tarikh tangkap pada 31 Julai.

Selain itu, mahkamah mengenakan perintah bon berkelakua­n baik selama tiga tahun deposit RM1,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan, setelah tamat pemenjaraa­n.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga dilarang berhubung dengan kedua-dua anaknya, serta harus menjarakka­n diri 100 meter.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu dari Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am, Kota Belud, mengambil kedua-dua mangsa daripada tertuduh, pada 31 Julai di rumah kediaman mereka.

Semasa pengambila­n itu, anak lelaki tertuduh dalam keadaan berbogel serta bahagian kaki dirantai.

Hasil siasatan menunjukka­n, ramai saksi melihat tertuduh sering memukul dua anaknya, sama ada menggunaka­n tangan atau objek.

Punca penderaan akibat daripada tertuduh melepaskan tekanan, selepas mengetahui suaminya sudah berkahwin dan mempunyai isteri, selain tidak diberikan wang belanja.

Semasa rayuan, tertuduh memohon agar hukumannya diringanka­n.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip menegaskan, tempoh pemenjaraa­n yang lama harus dikenakan, supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Tambahnya, sebagai seorang ibu haruslah melindungi anak-anaknya dan bukan sebaliknya.

Dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan pengurusan kes 4 September terhadap seorang lelaki warga asing, yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap anak perempuan tertuduh.

Mel Bol Leng@ Adam Abdul, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memegang payudara mangsa, sekitar November tahun lalu jam 10 malam, di tempat sama.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebat.

Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintah­kan terus direman, sehingga kes selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia