Utusan Borneo (Sarawak)

Guba musnahkan harapan Schwanitz pada lontaran terakhir

-

BERLIN, Jerman: Juara 12 kali acara lontar peluru dari Poland, Paulina Guba, memusnahka­n harapan Christina Schwanitz untuk memenangi kejuaraan Eropah yang ketiga apabila merampas kejuaraan pada cubaan keenam dan terakhir Rabu lepas.

Schwanitz, juara dunia 2015, kelihatan bakal muncul juara selepas melakukan lontaran sejauh 19.19 meter pada cubaan pertama tetapi penonton tuan rumah kemudian terkedu apabila Guba melakukan cubaan terakhir dengan lontaran lebih jauh untuk mengutip emas ketiga Poland pada kejohanan Olahraga Eropah ini.

Dan juga tiada kegembiraa­n buat rakan senegara Schwanitz, Robert Harting, yang gagal mengulangi kejayaan kejuaraan dunia pad 2009 dalam acara lempar cakera pada penampilan terakhir beliau sebelum bersara.

Beliau hanya menamatkan saingan di tempat keenam dengan atlet dari Lithuania, Andrius Gudzius, dengan balingan sejauh 68.46 meter, mengatasi Daniel Stahl dari Sweden dengan kelebihan 23cm, untuk ulangan kemenangan 1-2 pada kejohanan dunia di London tahun lepas.

Miltiadis Tentoglou dari Greece, berusia hanya 20 tahun, memenangi acara lompat jauh lelaki dengan lompatan sejauh 8.25 meter untuk mengatasi Fabian Heinle dari Jerman yang melakukan lompatan sejauh 8.13 meter.

Tetapi penonton tuan rumah akhirnya bergembira apabila Arthur Abele memenangi pingat emas acara decathlon dengan mengumpul 8,431 mata keseluruha­n.

Lonah Chemtai Salpeter, memenangi pingat emas yang jarang sekali buat Israel apabila memenangi acara 10,000 meter.

Atlet kelahiran Kenya yang bekerja di Israel pada 2008 sebelum bertemu suami yang juga jurulatihn­ya dan kemudian layak berlumba sebagai warganegar­a Israel di Sukan Olimpik Rio 2016.

Beliau mencipta masa 31 minit 43.29 saat, mengatasi Susan Krumis dari Belanda sementara Meraf Bahta dari Sweden di tempat ketiga.

Ia adalah pingat kelima Israel dan emas ketiga dari 10 penampilan mereka pada Kejohanan Eropah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia