Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan laluan mudah di Jakarta, kata Van Huizen

-

KUALA LUMPUR: Dalam misi meraih pingat emas pertama pada Sukan Asia, skuad hoki lelaki negara tidak akan mengambil mudah cabaran di temasya sukan tersebut.

Ketua jurulatihn­ya, Stephen Van Huizen berkata di atas kertas, hanya pasukan India berada di kedudukan teratas (kelima) berbanding Malaysia (ke-12) dalam ranking dunia, namun beliau mengingatk­an anak buahnya bahawa Pakistan (ke-13), Korea Selatan (ke-14) dan Jepun (ke-16), serta Kazakhstan ( ke- 86) boleh memberi ancaman kepada mereka.

“Sama ada kita berdepan Pakistan atau Thailand (ke-47) atau Kazakhstan, kita perlu bermain bersungguh-sungguh kerana matlamat kita untuk muncul dua pasukan terbaik dalam kumpulan sekali gus mara ke separuh akhir. Secara realistik, saingan adalah sukar kerana pada setiap kejohanan, empat atau lima pasukan akan berusaha keras memenangi pingat emas.

“Kita juga tidak tahu kemampuan Kazakhstan, kita tidak pernah bertemu mereka sebelum ini. Namun disebabkan mereka bekas negara Soviet Union, kita jangka corak permainan mereka sama seperti pasukan Eropah lain,” katanya kepada pemberita selepas mengumumka­n senarai 18 pemain ke Sukan Asia 2018 di Stadium Hoki Nasional, di sini semalam.

Skuad Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersamasam­a Pakistan, Bangladesh, Oman, Thailand dan Kazakhstan, manakala Kumpulan A terdiri daripada juara bertahan India, Jepun, Korea Selatan, Sri Lanka, Hong Kong dan Indonesia.

Van Huizen berkata jangkaan terhadap pasukannya untuk meraih pingat emas pertama dan mendapat kelayakan automatik ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, juga adalah tinggi kerana skuad berkenaan tersenarai dalam Program Podium. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia