Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan laksana rasionalis­asi terhadap agensi PKS

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n U s a h a w a n a k a n melaksanak­an proses rasionalis­asi terhadap agensi berkaitan keusahawan­an serta perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) b a g i m e n g e l a k k a n p e r t i n d i h a n k e r j a , pembaziran belanjawan juga mengurangk­an karenah birokrasi.

Timbalan Menterinya, Dr Hatta Ramli, berkata s e j a k p e n u b u h a n Bahagian Pembanguna­n Usahawan Bumiputera di setiap Kementeria­n bagi tempoh 2014 hingga 2017, seramai 120,625 usahawan Bumiputera dilahirkan.

Katanya, pada tahun 2015, terdapat 354,699 syarikat PKS Bumiputera iaitu 38.5 peratus daripada sejumlah 920,624 syarikat tempatan.

Dari jumlah itu, syarikat PKS Bumiputera yang dipisahkan di bawah 25 Kementeria­n, menyumbang sejumlah RM704.9 bilion nilai output kasar, atau 28.3 peratus kepada keseluruha­n sektor ekonomi di Malaysia, katanya.

Sektor perkhidmat­an menjana nilai output kasar tertinggi, sebanyak RM359.5 bilion atau 51 peratus, diikuti sektor pembuatan (RM256.6 bilion) dan sektor pembinaan (RM60.3 bilion), katanya di sini, semalam.

Dr Hatta menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, di Dewan Rakyat, berhubung pecahan jumlah usahawan Bumiputera di setiap Kementeria­n dan sama ada Bahagian Pembanguna­n Bumiputera di setiap Kementeria­n akan dibubarkan.

Katanya, sumbangan output kasar syarikat Bumiputera merosot sebanyak 3.4 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 2010.

“Ada usaha yang tidak b e r j a y a b e r d a s a r k a n prestasi yang menurun dan memerlukan kementeria­n untuk mengkaji semula memandangk­an program keusahawan­an sedia ada (di bawah 25 Kementeria­n) didapati kurang berkesan,” katanya.

Katanya lagi, berdasarka­n 120,265 bilangan usahawan dalam tempoh empat tahun, ini bermakna kira-kira 30,000 usahawan Bumiputera dilahirkan setahun.

“Jika hendak mencapai hasrat kerajaan baharu bagi mewujudkan 1 juta pekerjaan, ini memerlukan pertambaha­n usahawan baru kira-kira 200,000 setahun,” tambahnya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia