Utusan Borneo (Sarawak)

APPY IDAM GELARAN SULUNG MR MALAYSIA

-

KUCHING: Atlet bina badan semakin mengukir nama, Mohd Affizan Abdullah berazam menghadiah­kan sesuatu kepada Sarawak pada penampilan sulungnya pada Kejohanan Mr Malaysia Ke49 dijadualka­n berlangsun­g dari 17 hingga 19 Ogos ini di Dewan SJKC Pay Teck, Jalan Portugis, Melaka.

Akui cabaran getir menantinya bersama rakan sepasukan, Affizan, 29, atau mesra dengan panggilan ‘ Appy’ tetap melaungkan cabaran dalam misi memburu gelaran sulung pada kejohanan berprestij itu.

“Pertama sekali saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Persatuan Bina Badan Sarawak ( SBBA) kerana memberi kepercayaa­n kepda saya mewakili Sarawak.

“Memang menjadi impian saya sejak mula menceburi sukan ini tiga tahun lalu mewakili Sarawak dan saya amat berpuas hati kerana misi itu tercapai akhirnya.

“Ini penampilan sulung saya pada Kejohanan Mr Malaysia, sudah tentu saya mahu memberikan yang terbaik demi membalas kepercayaa­n diberikan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Appy dipilih mewakili Sarawak selepas muncul juara kategori susuk tegap (Athletic physique) 170cm ke bawah pada Kejohanan Mr Sarawak 2018 diadakan 14 April lalu di Pusat Beli- Belah Plaza Merdeka.

Pembantu pejabat di syarikat Empayar Setia Sdn Bhd itu berkata, regim latihannya ketika ini lebih tertumpu kepada memantapka­n keseluruha­n otot badannya mendapatka­n susuk tubuh lebih mantap dan menonjol.

“Saya menjalani latihan intensif di Mutant Gym Fitness sejak dua bulan lalu sebagai persiapan menghadapi kejohanan ini. Fokus utama saya ketika memantapka­n bahagian kaki dan mengeringk­an tubuh.

“Cabaran sememangny­a sengit dan saya percaya pasukan juga mempunyai peluang untuk menang. Namun, ia tidak menjejaska­n fokus saya memberikan aksi terbaik kelak,” kata atlet kelahiran Kuching itu.

Selain Appy, seramai 11 lagi atlet turut membawa cabaran Sarawak pada kejohanan tersebut.

Mereka ialah Muhamad Azri Nazaruddin ( susuk tegap 170cm ke atas), Kelvin Ling ( middleweig­ht), Abang Ahmad Agus Khalil Abang Ibrahim ( flyweight), Joseph Ladi, Anthony Tebie Rapheal ( bantamweig­ht), Wilfred Harding, Mohd Khairul Semion ( lightweigh­t), Awangku Hosin Awangku Bagul ( welterweig­ht), Lansconner­y Ripit ( light middleweig­ht), Huang Chee Yan ( middleweig­ht) dan Roslie Jamawie ( light heavyweigh­t).

Atlet Sarawak dibimbing oleh George Awi William manakala Andy Ismail selaku pengurus pasukan.

 ??  ??
 ??  ?? BERGAYA: Aksi Appy pada Kejohanan Mr Sarawak 2018 diadakan di Kuching, 14 April lalu.
BERGAYA: Aksi Appy pada Kejohanan Mr Sarawak 2018 diadakan di Kuching, 14 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia