Utusan Borneo (Sarawak)

HINDARI STROK, AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

- Oleh Nick Fletcher

anda lelaki, peluang untuk mengalami angin ahmar atau strok sebelum usia 60 tahun adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Atau sekiranya ibu, bapa atau adik-beradik mengalami penyakit strok, anda juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mengalami strok.

Ini adalah beberapa faktor risiko yang tidak dapat dielak dan diubah daripada ‘pembunuh senyap’ ini, kerana kita tidak dapat menghentik­an proses penuaan atau memilih ibu bapa.

Tahukah kita bahawa serangan strok dapat dicegah?

Pakar Perunding Neurologi Gleneagles Kota Kinabalu Dr Chris Chong berkata sementara faktor usia dan sejarah keluarga boleh menjadi penyebab seseorang itu lebih cenderung mengalami strok, terdapat juga faktor risiko lain yang dapat dicegah atau diminimumk­an oleh perubahan gaya hidup dan rawatan.

Menurutnya, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko penting yang dapat diubah dan dikawal melalui pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Merokok pula boleh menyebabka­n kerosakan pada jantung yang disebabkan pembentuka­n plak pada salur darah.

Obesiti atau kegemukan turut dikaitkan dengan peningkata­n risiko penyakit strok termasuk pengambila­n alkohol yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.

“Jika hipertensi seseorang itu dapat dikawal dengan pemakanan, senaman kerap dan ubat-ubatan, risiko strok dapat diminimumk­an,” katanya ketika ditemu bual.

Apakah yang dapat kita buat bagi mengelak serangan strok?

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan 15 juta orang di seluruh dunia mengalami strok setiap tahun dan daripada jumlah ini, lima juta mati manakala lima juta lagi menjadi kurang upaya buat selamalama­nya.

Manakala pakar perubatan dalaman, Dr Nur Hidayati menerusi The Malaysian Medical Gazette, mendedahka­n bahawa 95 peratus daripada semua serangan strok melibatkan mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan dua pertiga strok berlaku di kalangan mereka yang berusia melebihi 65 tahun.

Katanya dengan peningkata­n faktor usia, risiko seseorang menemui ajal sekiranya diserang strok turut meningkat.

“Bagaimanap­un, strok boleh menyerang pelbagai peringkat umur termasuk janin.

“Faktor jantina juga memainkan peranan yang penting iaitu kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding kaum wanita yang putus haid (menopaus),” ujarnya.

Sesetengah pendapat juga mengatakan bahawa lelaki mempunyai kemungkina­n 1.25 kali ganda lebih berisiko untuk diserang strok berbanding wanita.

Namun, 60 peratus punca kematian yang diakibatka­n oleh strok berlaku di kalangan wanita.

Untuk mengelak serangan strok, Dr Chris memberitah­u, antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengawal tekanan darah sekiranya mempunyai penyakit darah tinggi.

Beliau menambah, paling utama adalah berhenti merokok kerana perokok terdedah kepada risiko serangan strok dua kali ganda berbanding bukan perokok.

Selain itu adalah dengan mengekalka­n berat badan yang sihat, diet sihat dan seimbang, penghidap kencing manis perlu mengawal pengambila­n gula secara optimum, dapatkan pemeriksaa­n bagi degupan jantung yang tidak normal, bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif termasuk elak atau kurangkan pengambila­n alkohol.

Apakah yang akan berlaku sekiranya diserang strok?

Meskipun dengan penjagaan kesihatan terbaik, sebanyak dua pertiga penderita strok akan meninggal dunia kerana komplikasi daripada penyakit ini atau mengalami hilang upaya kekal.

Oleh itu, Dr Chris menegaskan bahawa pesakit strok dan keluarga mereka amat memerlukan sokongan untuk pulih.

Katanya, walaupun proses pemulihan daripada strok adalah suatu proses sepanjang hayat, namun usah lemah semangat kerana setiap pesakit mempunyai tempoh pulih masing-masing.

“Lebih awal proses pemulihan bermula, lebih baik hasilnya,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an sekiranya ada insan tersayang kita yang diserang strok, banyak perkara yang dapat kita buat sebagai penjaga.

Antaranya dengan mengenal pasti risiko, kemudian kawal atau hentikan ia kerana sekiranya tidak, strok mungkin menyerang semula.

“Perkara terpenting yang kita dapat buat selepas serangan strok adalah mengelak strok seterusnya, yang dapat menyebabka­n kerosakan lebih teruk pada otak dan kecacatan juga semakin memburuk.

“Penjaga perlu memastikan pesakit strok banyak bergerak, kerana kebanyakan pesakit meninggal dunia kerana komplikasi tidak dapat bergerak,” ujarnya.

Apapun, pencegahan merupakan satu faktor kesihatan awam yang terpenting.

Oleh itu kita harus mengawal pemakanan dan mengamalka­n gaya hidup yang sihat untuk menghindar­i daripada strok.

 ??  ??
 ?? — Gambar ihsan Dr Chris Chong ?? BOLEH DICEGAH: Gambar A, B dan C menunjukka­n imbasan MRI manakala Gambar D adalah imbasan CT ke atas otak untuk membantu doktor mendiagnos strok.
— Gambar ihsan Dr Chris Chong BOLEH DICEGAH: Gambar A, B dan C menunjukka­n imbasan MRI manakala Gambar D adalah imbasan CT ke atas otak untuk membantu doktor mendiagnos strok.
 ??  ??
 ??  ?? DR CHRIS CHONG
DR CHRIS CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia