Utusan Borneo (Sarawak)

Bagi mengekalka­n nilai dan memelihara keadaan kapal berkenaan

-

PELABUHAN KLANG: Kapal layar mewah, Equanimity, tidak akan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati bagi mengekalka­n nilai dan memelihara keadaan kapal itu, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kapal berkenaan akan dijual dengan secepat mungkin memandangk­an kos penyelengg­araannya sahaja menelan belanja kirakira RM2 juta sebulan.

“Kita perlu menjaga kapal layar itu supaya berkeadaan baik. Tetapi jika anda membenarka­n beratus-ratus orang datang dan melihat kapal layar ini ia mungkin akan mengalami kerosakan dan memberi satu gambaran tidak baik.

“Pembeli mungkin tidak mahu membeli sebuah kapal yang dipamerkan sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n di atas kapal itu, yang dianggar bernilai RM1 billion, yang kini berlabuh di Boustead Cruise Centre, di sini semalam.

Kapal layar mewah itu, dipercayai mempunyai hubung kait dengan seorang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Dr Mahathir, bagaimanap­un berkata orang ramai boleh mendapatka­n gambaran tentang keadaan Equanimity menerusi pelbagai gambar yang merakamkan kemewahan ruang dalaman kapal itu dalam lawatan hari ini (semalam).

“Apa sahaja yang terbayang di fikiran anda ada di sana dan banyak perkara yang anda langsung tidak terfikir sama sekali juga ada di sana. Ia sebenarnya bukanlah sebuah kapal layar, tetapi sebuah kapal yang sangat besar,” katanya.

Dr Mahathir berkata kelihatann­ya seperti beberapa lukisan telah dikeluarka­n dari kapal berkenaan.

Beliau berkata cadangan penjualan kapal layar mewah itu akan diiklankan di peringkat antarabang­sa.

Ditanya sama ada terdapat mana-mana pihak yang menyuaraka­n minat untuk membelinya, Dr Mahathir berkata beliau mempunyai nama beberapa pihak yang berminat untuk membeli.

Bagaimanap­un, beliau men-

Apa sahaja yang terbayang di fikiran anda ada di sana dan banyak perkara yang anda langsung tidak terfikir sama sekali juga ada di sana. Ia sebenarnya bukanlah sebuah kapal layar, tetapi

besar. ” sebuah kapal yang sangat Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

egaskan mereka yang berhasrat untuk membeli “mestilah betul, betul kaya.”

“Mungkin orang Arab atau Bill Gates akan (membuat) tawaran,” kata beliau berseloroh, dan menambah, kos untuk menyenggar­a kapal itu adalah terlalu mahal.

Kapal layar mewah itu di- percayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunaka­n dana daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang sedang dalam siasatan.

Kepada satu soalan, Dr Mahathir mencabar Jho Low supaya tampil dan mengemukak­an tuntutanny­a berhubung pemilikan kapal itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Tun Dr Mahathir (dua kanan) disambut oleh Kapten kapal layar mewah Equanimity, Oyastein Senneseth (kiri) ketika melawat kapal itu di Terminal Bousttead Cruise Centre, Pulau Indah, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Tun Dr Mahathir (dua kanan) disambut oleh Kapten kapal layar mewah Equanimity, Oyastein Senneseth (kiri) ketika melawat kapal itu di Terminal Bousttead Cruise Centre, Pulau Indah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia