Utusan Borneo (Sarawak)

Bertemu Nisha Ayub tidak bermakna bersetuju perjuangan LGBT: Mujahid

-

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa semalam meminta masyarakat agar tidak merumuskan pertemuann­ya dengan wakil komuniti transgende­r Nisha Ayub kelmarin adalah isyarat beliau bersetuju dan mengiakan perjuangan dan perbuatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksua­l (LGBT).

Katanya pertemuan di Kompleks Islam Malaysia di sini kelmarin adalah atas permintaan aktivis transgende­r itu dan beliau menerima kehadiran Nisha bagi menyelami serta memahami isu berkaitan transgende­r, khususnya peranan institusi agama dalam menangani permasalah­an berkenaan.

“Pertemuan itu lebih kepada perbincang­an bagaimana untuk mengatasi masalah diskrimina­si terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayata­n soal-soal agama dan beribadat secara khusus.

“Pada pertemuan semalam (kelmarin) juga tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwina­n sama jantina dibangkitk­an,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mujahid berkata Nisha sendiri menegaskan dirinya bukan ikon komuniti LGBT sebaliknya hanya seorang aktivis yang memperjuan­gkan nasib golongan mak nyah yang sering disisihkan selain memberi galakan agar mereka meninggalk­an ‘industri seks’.

Malah kata Mujahid, aktivis itu juga memaklumka­n tidak kisah gambarnya yang dipaparkan pada satu pameran fotografi di George Town, Pulau Pinang diturunkan selain mengakui tidak dimaklumka­n mengenai penggunaan gambar tersebut.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata pihaknya tidak boleh mengamalka­n sikap pilih kasih dalam menjalanka­n kerja-kerja dakwah seperti mana Islam tidak menggalakk­an umatnya menyakiti manusia yang lain.

Beliau berkata perkara paling utama perlu dilakukan ialah menghapusk­an budaya benci dan diskrimina­si kepada komuniti tersebut terutamany­a di tempat kerja serta di tempat-tempat awam.

Hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia