Utusan Borneo (Sarawak)

Dr M ingatkan kabinet agar peka dengan isu MARA

-

ALOR SETAR: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) semalam tidak bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) yang mahukan hak sama dinikmati oleh rakyat di negara ini.

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekiranya hak itu diberikan ia seolah-olah seperti kita menerima dan mengiktira­f golongan itu.

“Walaupun gaya hidup yang diamalkan golongan itu tidak dibenarkan di negara ini, mereka masih sebahagian daripada masyarakat dan sebab itu mereka diberi hak sebagai warganegar­a Malaysia di mana mereka tidak boleh didiskrimi­nasi di tempat kerja atau dalam isu lain.

“Tetapi, hak yang mereka mahukan itu tidak boleh dipersetuj­ui di Malaysia memandangk­an Islam sebagai agama rasmi negara ini, secara jelas mengharamk­an LGBT dan tidak menghalalk­an gaya hidup golongan itu,” katanya kepada pemberita, semalam.

Mohd Azmi berkata walaupun hak itu ditolak, golongan itu masih perlu dihormati dan tidak seharusnya dikecam dan dihina sebaliknya masyarakat perlu saling menasihati golongan itu untuk kembali ke pangkal jalan.

“Tidak perlu kecam dan keluarkan kata-kata yang tidak baik kepada mereka sebaliknya sebagai masyarakat yang prihatin kita perlu saling menasihati bagi memastikan gaya hidup itu tidak terus berleluasa di negara ini,” katanya.

Pada 17 Julai lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa golongan LGBT di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warganegar­a dan mereka tidak seharusnya didiskrimi­nasi dalam sebarang bentuk. — Bernama KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatk­an jemaah menteri agar berhati-hati ketika mengeluark­an kenyataan berkaitan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Perdana Menteri berkata banyak kenyataan yang dilontarka­n mengenai agensi itu yang mempengaru­hi pandangan masyarakat umum.

“Ia sudah menjadi isu yang sensitif yang perlu diberi perhatian oleh parti BERSATU dan Pakatan Harapan.

“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri supaya mereka faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), semalam.

Beliau berkata PH perlu peka dengan pandangan orang ramai agar terus mendapat sokongan.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan mahu mencontohi budaya Jepun terutama dalam melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

Beliau berkata rakyat negara Matahari Terbit itu mempunyai etika yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Namun, sudah tentu kita tidak boleh buat perkara yang sama di sini. Banyak anak muda kita yang tidak berminat belajar dan bekerja, sebaliknya mereka lebih berminat jadi mat rempit dan melakukan kegiatan tidak membina.

“Kita perlu tangani masalah ini,” katanya yang mengadakan lawatan ke negara itu baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah itu termasuk melihat kepada sistem pendidikan untuk melahirkan bakal pemimpin negara pada masa depan.

Mengenai pelaksanaa­n gaji minimum, Dr Mahathir berkata ia akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Seiring dengan peningkata­n dalam pendapatan, produktivi­ti juga mesti meningkat dan kita perlu pastikan produktivi­ti mengikut kenaikan gaji kerana kita tidak mahu kos sara hidup yang tinggi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT: Dr Mahathir pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Anggota Tertinggi PPBM di Menara Yayasan Selangor, semalam.
— Gambar Bernama MESYUARAT: Dr Mahathir pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Anggota Tertinggi PPBM di Menara Yayasan Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia