Utusan Borneo (Sarawak)

Dalam masa empat hari sebabkan kebakaran kawasan seluas lebih daripada 18,000 ekar dari Hutan Negara Cleveland

-

LAKE ELSINORE: Lelaki yang disyaki sebagai memulakan salah satu dari kebakaran hutan paling besar berlaku di California akan hadir di mahkamah pada kelmarin serta mungkin berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah bagi pembakaran secara sengaja dan dakwaan lain.

Forrest Gordon Clark, 51, berdepan tuduhan sebagai memulakan kebakaran Holy, yang mana dalam masa empat hari telah membakar kawasan seluas lebih daripada 18,000 ekar dari Hutan Negara Cleveland 60 batu di utara San Diego.

Kenyataan dakwaan menyatakan bahawa Clark telah sengaja memulakan kebakaran, yang hanya lima peratus telah dikawal, dengan niat untuk menyebabka­n kerugian kepada pihak lain dan membakar sebuah hutan. Beberapa rumah setakat ini telah hangus terbakar dalam kebakaran tersebut.

Dia juga telah didakwa dengan mengancam jiran tetangga salah seorang daripada mereka telah kehilangan kabinnya dalam kebakaran itu dan melawan ketika ditahan. Dia berdepan hukuman meliputi penjara selama 10 tahun hingga seumur hidup.

Dia telah dijadualka­n akan hadir di mahkamah pada Khamis lepas namun enggan untuk meninggalk­an sel penjaranya. Perbicaraa­n telah ditangguhk­an untuk sehari lagi.

Ketua bagi pasukan Orange Country yang menghadapi kebakaran Holy menyatakan k e b a k a r a n b e r m u l a berhampira­n kabin Clark di Jim Canyon.

Sebelum penangkapa­nnya, Clark memberitah­u seorang wartawan yang dia sedang tidur pada masa itu dan tidak mempunyai kaitan dengan kebakaran.

K e b a k a r a n i t u telah memaksa ramai orangmenin­ggalkan rumah mereka kelmarin dan menyebabka­n penutupan beberapa sekolah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KIAN MARAK: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran dari atas udara menggunaka­n helikopter di Lake Elsinore, California.
— Gambar AFP KIAN MARAK: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran dari atas udara menggunaka­n helikopter di Lake Elsinore, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia