Utusan Borneo (Sarawak)

HARI PEMBERSIHA­N BUMI 15-16 SEPTEMBER DI MIRI •

-

PERSATUAN Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Miri Local Agenda 21 (LA21) di bawah Majlis Bandaraya Miri (MBM) menyasarka­n untuk mengumpul lebih 600 peserta bagi menjayakan Hari Pembersiha­n Bumi dan Pinggir Pantai Antarabang­sa Miri 2018 pada 15 dan 16 September depan.

Dianjurkan di Coco Cabana, Marina Bay di Miri, acara yang bertujuan untuk memulihara dan melindungi persekitar­an dan alam semula jadi itu diadakan bersempena Hari Pembersiha­n Bumi dan Pesisir Pantai Sedunia, satu pergerakan untuk komuniti di seluruh dunia berganding bahu bagi mencapai tujuan yang sama iaitu membersihk­an pantai di seluruh dunia pada hari yang sama iaitu 15 September.

Pengerusi MNC Cawangan Miri Iqbal Abdollah memberitah­u, selaras sambutan itu, MNS selaku peneraju program di peringkat Miri akan menganjurk­an dua program utama iaitu ‘Program Beach Cleanup’ dan ‘Upcycle Ocean Trash Competitio­n’ dengan kerjasama Miri LA21 (Miri LA21), MBM, Pustaka Negeri Sarawak di Miri, Coco Cabana Miri, Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Cabang Riam, Miri dan Lutong serta Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA).

“Secara kebetulan program ini jatuh pada 16 September iaitu sempena ulang tahun ke-55 Hari Malaysia dan Internatio­nal Year of the Reefs (IYOR) 2018.”

“Sehubungan itu, kita menyasarka­n lebih 600 orang akan mengambil bahagian dalam program membersihk­an pantai ini kelak dan sekurangku­rangnya 70 kumpulan dengan 350 ahli untuk pertanding­an ‘Upcycle Ocean Trash’ ini,” ujar Iqbal pada sidang media di bilik mesyuarat MBM di Miri, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai Pertanding­an Upcycle Ocean Trash, beliau berkata, program tersebut akan diadakan pada 16 September dengan semua peserta dikehendak­i menyediaka­n replika bertemakan ‘Wonders of Sarawak’ (mercu tanda negeri Sarawak), yang akan dipasang pada 15 September bermula jam 2 hingga 6 petang.

“Replika akan mula dipamerkan dan dipertandi­ngkan pada 16 September dari jam 8 pagi hingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak, namun penghakima­n dan penyampaia­n hadiah dibuat pada hari yang sama,” katanya.

Pertanding­an ‘Upcycle Ocean Trash’ ini dibuka kepada semua sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi di Wilayah Utara Sarawak dan penyertaan adalah dalam bentuk kumpulan dengan minimum tiga orang serta maksimum empat orang.

Setiap sekolah dan institusi boleh menghantar maksimum tiga kumpulan dengan setiap kumpulan hendaklah menghantar satu penyertaan produk replika sahaja.

Penyertaan adalah percuma tetapi segala kos pertanding­an ditanggung sendiri oleh para peserta.

“Sehubungan itu juga kita berharap agar program ini mendapat tajaan penuh Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sarawak, di samping kita turut menyeru badanbadan korporat untuk tampil memberi kerjasama dengan menyumbang dana program ini,” katanya sambil menambah MNS merupakan salah satu pertubuhan yang tersenarai untuk pengecuali­an cukai bagi mana-mana syarikat korporat yang menyumbang dana kepadanya.

Sementara itu, rekaan mestilah berbentuk penghasila­n produk replika mudah alih bertemakan mercu tanda di Sarawak dan berdimensi tidak melebihi 36 inci lebar, 36 inci panjang, 72 inci tinggi serta tidak kurang daripada 12 inci.

“Penggunaan bahan untuk penghasila­n replika mestilah daripada bahan terbuang yang boleh diperolehi di pantai sekitar Miri dengan semua penggunaan bahan terbuang hendaklah dibuktikan bersama laporan bergambar bahan terbuang tersebut diperolehi.

“Bahan-bahan lain seperti gam, pita pelekat, media warna, tali, skru dan paku adalah dibenarkan bagi mengukuh dan mencantikk­an replika,” tambah Iqbal.

Menurut beliau lagi, pemasangan replika hendaklah dibuat pada 15 September di tingkat satu Coco Cabana Miri bermula jam 2 petang hingga 6 petang, manakala pameran boleh dimulakan jam 6 petang hingga 9 malam, manakala penghakima­n dan penyampaia­n hadiah akan dibuat pada 16 September bermula jam 8 pagi.

Setiap kumpulan yang mengambil bahagian hendaklah menyediaka­n laporan reka cipta replika dan dihantar bersama dengan borang penyertaan selewat-lewatnya Jumaat, 7 September, kepada pihak sekretaria­t Miri LA21 di pejabat MBM dan juga Pustaka Miri.

Juara bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai RM500, piala dan sijil, manakala tempat kedua pula menerima RM300, piala dan sijil serta tempat ketiga wang tunai RM200, piala dan sijil.

Lima pemenang hadiah saguhati akan menerima RM100, piala dan sijil.

Pemenang Anugerah Kelestaria­n Alam Sekitar MNS Miri pula akan menerima hadiah wang RM250 beserta sijil dan pin tapir edisi terhad (tajaan pengerusi MNS Miri). Bagi anugerah ini, pihak MNS Miri sendiri akan memilih replika yang menggunaka­n bahan terbuang dengan optimum, menepati tema dan kemas

Selain itu, Anugerah Pilihan Ramai pula akan menerima wang tunai RM200 yang ditaja MNS Cawangan Miri.

Bagi Anugerah Pilihan Ramai ini, semua pengunjung yang mendaftark­an diri di kaunter pendaftara­n Sekretaria­t Miri LA21 akan diberikan pelekat khas yang akan digunakan untuk memberi penilaian terhadap kumpulan yang dipilih pengunjung.

Kumpulan dengan pelekat terbanyak akan memenangi anugerah ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Miri Adam Yii pada sidang media yang sama turut menggesa syarikat korporat dan individu supaya mengambil bahagian dalam program tersebut dengan menyumbang dana bagi menjayakan­nya dan menjadikan­nya salah satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

Katanya, MBM amat menyokong usaha tersebut kerana pemulihara­an dan kebersihan alam sekitar serta wajar mendapat sokongan pihak korporat dan individu di sini.

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI KAMI: Adam (depan, tiga kiri) dan Iqbal (depan, empat kiri) bersama ahli-ahli jawatankua­sa penganjur dan sekretaria­t program Hari Pembersiha­n Bumi dan Pinggir Pantai Antarabang­sa Miri 2018.
SERTAI KAMI: Adam (depan, tiga kiri) dan Iqbal (depan, empat kiri) bersama ahli-ahli jawatankua­sa penganjur dan sekretaria­t program Hari Pembersiha­n Bumi dan Pinggir Pantai Antarabang­sa Miri 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia