Utusan Borneo (Sarawak)

PERTH GLORY FC ‘RATAH’ SARAWAK 7-1

-

KUCHING: Perth Glory FC berada dalam kelas tersendiri apabila mudah membenam Sarawak dengan jaringan 71 dalam aksi persahabat­an di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Kemenangan bergaya itu membolehka­n kelab yang beraksi dalam Liga Australia itu membawa pulang Piala Simposium 2018.

Pesta gol skuad bimbingan Tony Popovic itu bermula minit ke-25 hasil jaringan kaptennya, Diego Castro.

Berselang seminit kemudian, giliran pemain pertahanan - Jason Davidson meletakkan nama selaku penjaring menerusi tandukan cantik.

Penyerang kelahiran Portugis, Fabio Ferrier meletakkan Perth Glory FC selesa mendahului 3-0 dengan merembat masuk pada minit ke-41.

Perth Glory FC menambah satu lagi gol sebelum rehat menerusi sentuhan Jason pada minit ke-44.

Aksi babak kedua bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan membawa masuk beberapa muka baharu.

Penyerang import Sarawak, Mateo Roskam menceriaka­n penyokong tuan rumah den- gan merembat masuk gol sagu hati pada minit ke-58.

Bagaimanap­un, Perth Glory FC tetap tidak berpuas hati dengan kelebihan empat gol dan berjaya menambah dua lagi jaringan menerusi Chor Daw pada minit ke-67 disusuli Henry Hore pada minit ke-72.

Pemain gantian, Neil Kilkenny melengkapk­an ‘kenduri gol’ Perth Glory FC dengan jaringan ketujuh pada minit ke-90.

Perth Glory FC akan meneruskan jelajah pramusim menentang skuad SUKMA Sarawak pada 15 Ogos ini.

 ??  ??
 ??  ?? RAI KEMENANGAN: Barisan pemain Perth Glory FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Sarawak pada perlawanan persahabat­an merebut Piala Simposium 2018 malam kelmarin.
RAI KEMENANGAN: Barisan pemain Perth Glory FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Sarawak pada perlawanan persahabat­an merebut Piala Simposium 2018 malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia