Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MENCEDERAK­AN ABANG DITANGKAP

-

MIRI: Seorang lelaki mengalami masalah mental ditangkap polis selepas dipercayai mendatangk­an kecederaan menggunaka­n senjata terhadap abangnya di sebuah rumah di Kampung Tudan Fasa 2 di sini tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan tersebut dan memberitah­u, kejadian dipercayai berlaku sekitar sebelum jam 11.30 pagi.

“Suspek adalah adik kepada mangsa yang menyatakan bahawa abangnya meminta wang daripadany­a untuk membayar hutang.

“Mereka bertengkar dan suspek mengambil sebatang tongkat besi digunakan mangsa lalu memukul mangsa dari dalam rumah sehingga berlarutan ke luar rumah,” katanya.

Beliau berkata, ibu suspek dan mangsa yang menyaksika­n kejadian meminta pertolonga­n jiran mereka.

“Suspek dikatakan mengalami masalah mental. Suspek dan mangsa tidak bekerja dan mangsa memperoleh duit hasil jualan kutipan kotak dan tin aluminium.

“Mangsa merupakan seorang pemegang kad orang kurang upaya (OKU) iaitu mengalami kecacatan di kaki dan menggunaka­n tongkat untuk berjalan,” katanya.

Menurut Lim, mangsa dirawat di Hospital Miri dan berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa mengalami luka sepanjang lima sentimeter di bahagian belakang kepala, lebam dan luka kecil di belakang sebelah kanan dan luka kecil di siku kiri,” katanya.

Suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? DITANGKAP: Suspek (kiri) dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
DITANGKAP: Suspek (kiri) dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia