Utusan Borneo (Sarawak)

Elektrifik­asi Sarawak 2020

KM mahu elektrik disalur ke seluruh kawasan terutama luar bandar pada 2020, berbanding sasaran awal 2025

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan Sarawak menyasarka­n untuk mencapai elektrifik­asi sepenuhnya di seluruh kawasan di Sarawak menjelang 2020.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu bekalan elektrik disalurkan ke seluruh kawasan terutama di kawasan luar bandar pada 2020, berbanding sasaran awal pada 2025.

“Liputan bekalan elektrik yang disalurkan di Sarawak pada masa ini adalah sekitar 91 peratus penduduk luar bandar.

“Oleh itu Ketua Menteri ( Abang Johari) mahu kemudahan ini dipercepat­kan untuk memastikan penduduk di Sarawak mencapai elektrifik­asi pada 2020,” katanya ketika merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Rumah Taijing, Sungai Puru, Lubai di sini semalam.

Turut hadir isterinya Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan isteri Mary Sindang, Pengarah Bekalan Elektrik Sarawak Syed Mohd Fauzi Shahab dan Tuai Rumah Taijing Tamin.

ADUN Pantai Damai itu berkata, kebanyakan kawasan luar bandar menggunaka­n sumber tenaga elektrik alternatif seperti hibrid dan SARES untuk kawasan pedalaman terpencil.

“Bagi kawasan Batu Danau, sejumlah RM9.4 juta diperuntuk­kan bagi membiayai

Liputan bekalan elektrik yang disalurkan di Sarawak pada masa ini adalah sekitar 91 peratus penduduk luar bandar. Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

projek SARES yang memberi manfaat kepada 163 isi rumah di enam kampung.

“Kampung-kampung itu termasuk Long Napir, Long Sulong, Long Rayeh, Long Tegaan dan Long Kartadam,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, projek BELB di Rumah Taijing Kampung Puru dilaksanak­an kerajaan dengan peruntukan RM75,000 bagi membolehka­n 12 isi rumah menikmati bekalan elektrik sepenuh- nya.

Manakala kerja penyambung­an bekalan elektrik ke Rumah Agan dan Lawai bernilai RM4.5 juta yang akan memberi manfaat kepada 49 isi rumah dijangka siap penghujung tahun ini.

Pada majlis itu, Dr Abdul Rahman mengumumka­n peruntukan geran kerajaan RM5,000 manakala Paulus mengumumka­n geran kerajaan sebanyak RM30,000 kepada Rumah Tajing.

 ??  ??
 ??  ?? ELEKTRIFIK­ASI SEPENUHNYA: Dr Abdul Rahman (dua kanan) merasmikan bekalan elektrik di Rumah Taijing, ditemani Paulus (tiga kiri) dan tetamu lain semalam.
ELEKTRIFIK­ASI SEPENUHNYA: Dr Abdul Rahman (dua kanan) merasmikan bekalan elektrik di Rumah Taijing, ditemani Paulus (tiga kiri) dan tetamu lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia