Utusan Borneo (Sarawak)

KEBAKARAN TANAH GAMBUT TERKAWAL

-

KUCHING: Kebakaran tanah gambut di daerah Daro kini terkawal dengan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Tanjung Manis giat membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n semalam, Pegawai Daerah Daro Abang Mohamad Abang Turki berkata, kebakaran tanah gambut di kawasan itu sudah terkawal sejak kelmarin dan JBPM Tanjung Manis melakukan yang terbaik untuk memastikan api di bahagian bawah tanah tidak merebak ke kawasan berhampira­n.

Mohamad berkata, kebakaran bermula dari plot nanas bersebelah­an yang dimiliki penduduk tempatan sambil menambah bahawa kakitangan bomba turut menggali parit di tapak yang terjejas sebagai langkah pencegahan kebakaran.

Bagaimanap­un beliau berkata, kaedah terbaik adalah dengan mencurah atau menyembur banyak air di tapak yang terjejas untuk memadam kebakaran bawah tanah sepenuhnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafiee Ahmad yang melawat kawasan terjejas telah mendermaka­n pam air kepada pasukan bomba sukarela untuk membantu mereka menangani kebakaran di kawasan Matu Daro.

Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi berkata, pembinaan JBPM baharu di Daro dijangka siap pada minggu kedua September memandangk­an ia sedikit terlewat daripada jadual asal.

Katanya projek bernilai RM6.33 juta itu sepatutnya siap dalam tempoh 20 bulan dari tarikh pembinaann­ya dari 11 Januari 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia