Utusan Borneo (Sarawak)

SST TIDAK AKAN BEBANKAN PENGGUNA SEPERTI GST

-

KUCHING: Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada 1 September depan tidak akan membebanka­n pengguna seperti Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang dilaksanak­an sebelum ini.

Demikian jaminan diberi Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen pada sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Dialog Bersama Peniaga Kedai Kopi Negeri Sarawak di sini, semalam.

Chong berkata, perkara itu dapat dilihat melalui jumlah kutipan SST nanti di mana ia hanya akan melibatkan separuh daripada kutipan GST.

“Kita akan cuba mengekalka­n harga apabila SST dilaksanak­an, bagaimanap­un sekiranya ada kenaikan ia adalah pada kadar minimum,” katanya.

Menurut Chong, KPDNHEP sekarang ini sedang mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkepenti­ngan bagi memastikan tiada yang mencatut.

“Kita akan cuba sebaik mungkin untuk mengimbang­i kepentinga­n pengguna dan peniaga,” katanya sambil memberitah­u, isu sedemikian timbul seperti apabila terdapat pengguna mengadu harga minuman mahal di segelintir kedai, lebih-lebih lagi apabila GST kadar sifar peratus dilaksanak­an.

“Pada umumnya, kita tidak mengawal harga minuman namun dapat memberi garis panduan am untuk diikuti.

“Apa yang ingin kita lakukan adalah kita mahu membantu menyelesai­kan permasalah­an yang timbul dan memahami isu utama disebabkan kenaikan kos sara hidup,” ujarnya.

Sehubungan itu, Chong berkata pihaknya akan mencari mekanisme terbaik dan mengkaji semula cadangan yang dibuat pengusaha peniaga kopi di negeri ini dan kebolehlak­sanaannya.

“Saya fikir mungkin dalam seminggu atau dua minggu ini atau sekurang-kurangnya sebelum 1 September depan, kita akan dapat menghasilk­an mekanisme terbaik untuk menyelaras harga minuman bagi membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata dialog semalam berjalan dengan baik dan antara isu-isu yang dibincangk­an termasuk perkara berkaitan harga minuman, kos operasi, gaji minimum, royalti hak cipta dan pembekal.

Turut hadir Pengarah KPDNHEP Sarawak Datuk Stanley Tan dan Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman.

 ??  ?? JAMINAN: Chong pada sidang akhbar selepas Majlis Dialog Bersama Peniaga Kedai Kopi Negeri Sarawak di Kuching, semalam.
JAMINAN: Chong pada sidang akhbar selepas Majlis Dialog Bersama Peniaga Kedai Kopi Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia