Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni kuarters mengadu bekalan air berkuranga­n

Kuarters Kerajaan Sarawak di Jalan Brayun, Sri Aman mengalami tekanan air rendah sejak hampir dua tahun lalu

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Penghuni kuarters Kerajaan Sarawak di Jalan Brayun, Sri Aman mengadu bekalan air di rumah mereka berkuranga­n dan tekanan air rendah sejak hampir dua tahun lalu.

Dakwa penghuni, masalah itu berlaku hampir setiap hari dan paling membebanka­n apabila penghuni terpaksa membeli air mineral untuk kegunaan harian.

Azizie Mohamad Jeman berkata, keadaan itu menyebabka­n keluargany­a dan semua penduduk di kuarters itu mengalami kesukaran menjalani aktiviti harian.

Menurutnya, mereka terpaksa menyimpan air dalam baldi atau bekas pada sebelah malam bagi memastikan tidak terputus bekalan air.

“Kadangkala air hanya ada pada sebelah malam, iaitu jam 10 malam ke atas dan penghuni di sini terpaksa menakung air untuk kegunaan keesokan hari dan keadaan itu masih berlarutan,” ujarnya.

Azizie berkata, tekanan air sangat rendah dan berharap pihak berkaitan tampil menyelesai­kan masalah terbabit daripada terus berlarutan dan menyusahka­n penghuni kuarters.

“Bayangkan hampir setiap hari penduduk membeli air mineral bahkan tong-tong sampah di sini dipenuhi dengan botol kosong air mineral menandakan masalah air yang kritikal,” tegasnya.

Azizie berkata, masalah itu

Kadangkala air hanya ada pada sebelah malam, iaitu jam 10 malam ke atas dan penghuni di sini terpaksa menakung air untuk kegunaan keesokan hari dan keadaan itu masih berlarutan. Azizie Mohamad Jeman Penghuni kuarters

menyebabka­n penghuni tidak dapat melakukan kerja harian serentak kerana bekalan air ditakung tidak mencukupi untuk kegunaan harian.

“Bekalan air tidak cukup, kalau sedang cuci baju tak boleh memasak atau mandi pada waktu sama.

“Yang jadi susah bila baldi kosong, ia mengambil masa satu malam untuk penuh kembali, berbanding keadaan biasa ambil masa 15 minit sahaja penuh,” katanya.

Beliau sendiri tidak pasti mengapa bekalan air di kuarters di sini tiba-tiba mengalami masalah, tekanan air terus jadi rendah sehingga berbulan-bulan dan keadaan itu menjengkel­kan penghuni kuarters.

 ??  ?? TIADA AIR: Penghuni kuarters kerajaan Jalan Brayun, Sri Aman mengadu tekanan air di kawasan mereka menjadi rendah sejak beberapa bulan lalu.
TIADA AIR: Penghuni kuarters kerajaan Jalan Brayun, Sri Aman mengadu tekanan air di kawasan mereka menjadi rendah sejak beberapa bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia