Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurus bersama lapan pekerja ditahan dalam serbuan judi

-

MIRI: Seorang pengurus antara ditahan bersama lapan pekerjanya dalam satu serbuan di sebuah pusat pemprosesa­n judi secara atas talian di sebuah kedai di Pusat Komersil Marina Fasa 2 di sini malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ) Sarawak SAC Dennis Leong berkata serbuan dijalankan sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 11.45 malam.

“Seorang pengurus dan lapan pekerjanya yang masing- masing berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30an ditahan polis.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 18 set komputer, server dan pelbagai jenis barangan elektronik,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Dennis berkata, serbuan itu tidak merampas sebarang wang tunai kerana premis tersebut ialah pusat memproses judi atas talian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah dalam kenyataann­ya juga menyebut antara suspek ditangkap, salah seorangnya adalah wanita warga asing dipercayai warga Thailand bekerja di premis terbabit.

“Selain seorang wanita warga asing terbabit, tujuh lelaki dan seorang lagi wanita ditahan adalah warga tempatan.

“Semua ditangkap bekerja di premis itu lebih kurang enam bulan dan waktu bek- erja adalah dari jam 11 malam hingga 7 pagi keesokan hari setiap hari kecuali cuti umum,” katanya.

Lim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 5(2) Ordinan Hiburan 2001.

 ??  ?? SERBUAN: Polis menyerbu sebuah pusat pemprosesa­n judi secara atas talian di sebuah premis kedai, Pusat Komersil Marina Fasa 2 di Miri malam kelmarin.
SERBUAN: Polis menyerbu sebuah pusat pemprosesa­n judi secara atas talian di sebuah premis kedai, Pusat Komersil Marina Fasa 2 di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia