Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti penyalahgu­naan dadah tumpas, tiga lelaki ditangkap

-

KUCHING: Hasil risikan dan maklumat tepat pasukan siasatan jenayah narkotik Padawan berjaya menumpaska­n aktiviti penyalahgu­naan dadah dengan tertangkap­nya tiga lelaki di sebuah rumah di Kampung Sungai Abas Baru Batu 12 Jalan Matang malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan ketika mengesahka­n kes berkata, ketiga-tiga suspek yang berbangsa Bidayuh dan Cina berusia antara 23 hingga 28 tahun itu diberkas Sabtu lalu sekitar jam 8 malam selepas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan diketuai Sarjan Abang Johani Abang Kawi menahan ketigatiga suspek di dalam sebuah kereta disyaki ada kegiatan dadah.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas kenderaan tersebut kemudian menemui satu plastik lutsinar yang bertulis ‘Case ACCESSORIE­S’ yang dijumpai di bahagian penumpang hadapan sebelah pemandu tempat letak kaki kereta tersebut.

“Apabila dibuka di dalamnya mengandung­i lima peket plastik lutsinar yang mana satu peket plastik lutsinar di dalamnya mengandung­i lima peket plastik lutsinar yang dibaluti pita pelekat berwarna putih dan satu peket plastik lutsinar lagi mengandung­i enam peket plastik lutsinar yang dibaluti dengan pita pelekat warna kuning.

“Kesemua barang tersebut berisi ketulanket­ulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 107.34 gram,” katanya.

Aidel menjelaska­n, ketiga-tiga suspek mengaku memiliki dadah jenis syabu sejak tiga tahun lepas yang dibeli secara ‘bank-in’ di Kuching untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada penagihpen­agih di sekitar kawasan Matang.

“Saringan awal mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan hasil daripada siasatan mendapati salah seorang daripada tiga suspek tersebut mempunyai rekod lampau dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Mereka kini ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952,” katanya.

Nilai pasaran dadah yang dirampas berjumlah RM13,000 dan barangan lain yang turut disita dan dirampas adalah sebuah kereta Myvi putih, wang tunai berjumlah RM560, wang tunai Indonesia 45,0000 Rupiah, dua utas rantai emas, dua utas jam tangan, tiga unit telefon bimbit serta tiga keping kad bank.

 ??  ?? RAMPAS: Antara dadah yang berjaya ditemui dan dirampas daripada suspek.
RAMPAS: Antara dadah yang berjaya ditemui dan dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia