Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda GPS kecam tindakan pihak tertentu tabur fitnah terhadap parti

-

KUCHING: Pergerakan Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengecam sekeras- kerasnya tindakan pihak tertentu yang semakin banyak menabur fitnah terhadap parti itu sejak kebelakang­an ini.

Pemuda GPS Fazzrudin Abdul Rahman berkata, tindakan itu dilihat sebagai perbuatan terdesak pihak tertentu untuk memburukbu­rukkan GPS dan mengeliruk­an rakyat.

“Khususnya penyokong kuat parti-parti komponen dalam GPS yang tetap setia bersama parti dan memberi sokongan padu kepada pucuk kepimpinan Sarawak, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Pemuda GPS turut melihat terdapat cubaan terdesak pihak tertentu untuk meraih sokongan rakyat Sarawak dalam usaha menubuhkan parti baharu dan membuka cawangan parti berpangkal­an di Semenanjun­g di Sarawak dengan mengapiapi­kan kononnya beberapa wakil rakyat GPS akan keluar parti dan menyertai mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini kelmarin.

Fazzrudin yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda PBB menambah, terkini Jumaat lalu, terdapat kekecohan dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin, sudah diterima menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyebaran fitnah di media sosial itu disertakan gambar borang palsu mengenai penerimaan keahlian.

Bagaimanap­un, perkara itu sudah dinafikan sendiri oleh Rolland dan disiarkan dalam media massa tempatan.

Paling menyedihka­n, Fazzrudin berkata tindakan memfitnah itu bukan sahaja dilakukan di media sosial malah ada yang secara terbuka kononnya atas nama ‘jurucakap’ sebuah parti yang baharu membuka cawangan di Sarawak mengeluark­an kenyataan kepada pihak media.

Sementara itu, Fazzrudin berkata, sebuah akhbar nasional pada 5 Ogos lalu memaparkan kenyataan enam Ahli Parlimen GPS yang didakwa mahu meninggalk­an gabungan, sementara tiga lagi ADUN GPS dikhabarka­n sudah bersedia untuk ‘angkat kaki.’

Katanya, kenyataan itu dipetik daripada jurucakap Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) dengan menyifatka­n tindakan sembilan wakil rakyat terbabit adalah kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi GPS, khususnya PBB yang menguasai pentadbira­n Kerajaan Sarawak.

“Baru-baru ini juga tersebar di media sosial poster Kabinet Bayangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mengaitkan nama dua pemimpin kanan dalam GPS, iaitu Ketua Whip GPS merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Kedua-dua pemimpin itu sudah mengeluark­an kenyataan menafikan perkara itu baru-baru ini.

“Pemuda GPS meminta rakyat Sarawak terutama ahli parti supaya tidak mudah terpengaru­h dan terpedaya dengan fitnah yang cuba disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab ini,” katanya.

Tegasnya, semua wakil rakyat daripada empat parti komponen - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik ( PDP) masih utuh bersatu di bawah GPS dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Ketua Menteri sebagai pemimpin tertinggi GPS dan Ketua Menteri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia