Utusan Borneo (Sarawak)

Awang Tengah ketuai lawatan kajian teknikal ke Gold Coast, Brisbane

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) melakukan lawatan kajian teknikal ke Gold Coast dan Brisbane di Australia mulai kelmarin hingga hari ini.

Lawatan teknikal itu bertujuan mengkaji konsep taman pertanian dan pembanguna­n tebingan sungai supaya Sarawak dapat melakukan perancanga­n yang lebih baik dalam kedua- dua bidang pembanguna­n ini.

Pada lawatan itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua bersama delegasi turut diberi taklimat oleh Pengurus Besar Tropical Fruit World, Gold Coast Aymon Gow.

Di Tropical Fruit World, semua anggota delegasi berpeluang melihat, merasa dan mempelajar­i buah dari sekitar dunia yang ditanam di satu tempat yang unik.

Mereka juga dibawa melawat ladang untuk mengenali lebih 500 jenis buah yang aneh dan sangat eksotik dari seluruh dunia.

Semalam,rombonganA­wang Tengah dijadualka­n melawat pertanian digital di Brisbane untuk mendapatka­n pendedahan yang lebih menyeluruh terhadap pertanian digital yang dilaksanak­an di Australia.

Pendedahan seumpama itu sangat berguna memandangk­an pertanian masa depan di Australia diintegras­ikan secara digital di semua peringkat pengeluara­n, dari peringkat pemahaman genetik ke peringkat logistik pengangkut­an.

Australia mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang inovasi dan pertanian digital bagi menambah baik proses membuat keputusan untuk peladang, agroniaga, pembuat dasar dan penyelidik.

Kesimpulan­nya, anggota delegasi dapat beroleh input secara total dalam bidang pertanian digital yang merangkumi aktiviti seperti pembanguna­n, pengujian dan penerapan teknologi maklumat dan komunikasi untuk penyelidik­an, pembanguna­n dan penyampaia­n pertanian.

Lawatan kajian teknikal itu sangat berfaedah memandangk­an negeri Sarawak komited untuk bergerak maju dalam sektor pertanian yang akan melonjakka­n pembanguna­n tanah di kawasan tanah pertanian luar bandar.

Turut menyertai lawatan tersebut ialah Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Dr Wan Lizozman Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Datu Sajeli Kipli; Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Zaidi Mahdi dan Ketua Bahagian Perancanga­n Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Wan Sufian Wan Mustapha.

 ??  ?? EPAL MELAYU?: Awang Tengah dan anggota delegasi melawat Tropical Fruit World di Gold Coast sambil diiringi Pengurus Besar Tropical Fruit World Aymon Gow (empat kanan).
EPAL MELAYU?: Awang Tengah dan anggota delegasi melawat Tropical Fruit World di Gold Coast sambil diiringi Pengurus Besar Tropical Fruit World Aymon Gow (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia