Utusan Borneo (Sarawak)

Perbincang­an bersama operator taska, Persatuan Pengasuh Berdaftar Sarawak pada 15 Ogos

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak bakal mengadakan perbincang­an meja bulat bersama operator taska dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Sarawak pada 15 Ogos ini.

Menurut Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah, antara inti pati mesyuarat itu ialah yuran minimum prasekolah, kualiti pendidikan, kebajikan guru dan banyak lagi.

“Kita akan melihat secara khusus kelayakan dan pengalaman para guru yang mengajar di taska kerana ia merupakan perkara yang amat penting dalam menyediaka­n asas kukuh dalam memulakan masa depan kanak-kanak.

“Kita juga melihat bagaimana kerajaan dapat membantu sekiranya guru-guru ini mahu melanjutka­n pelajaran atau mengikuti kursus semasa dalam perkhidmat­an menerusi OUM supaya mendapat kelayakan sewajarnya.

“Latihan dan yuran pengasuhan berdasarka­n perkhidmat­an pendidikan dan asuhan berkualiti pada yuran minimum kerana jika bayaran gaji tidak mencukupi dan guru mencari pekerjaan lain, ia memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajar­an anak- anak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Taska di sini semalam.

Pematuhan undang- undang oleh pengusaha dan operator taska juga perlu diperketat­kan bagi memastikan ciri-ciri keselamata­n untuk kanak-kanak tersebut terjamin.

Pada masa yang sama, projek perintis BABA (bersih awal, bersih akhir) yang meliputi aspek kebersihan kanak- kanak dalam pembanguna­n pendidikan dilaksanak­an bermula 3 Februari lepas di 14 prasekolah di Sarawak.

Katanya, tiga sekolah di Dalat, Bekenu, Sri Aman masing-masing dan lima di Kuching telah dipilih sebagai perintis kepada program yang diambil dari Jepun itu.

Fatimah juga menjelaska­n bahawa kanak-kanak berusia 0 hingga enam tahun merupakan waktu puncak di mana perkembang­an kanak-kanak berlaku dengan cepat.

Maka dengan itu, guru perlu memfokuska­n kepada kanak-kanak dan kemajuan mereka serta mempelajar­i kemahiran yang sedang berlaku di dalam diri kanakkanak tersebut berdasarka­n graf normal pembanguna­n pendidikan yang telah ditetapkan kementeria­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia