Utusan Borneo (Sarawak)

Menuntut penyampaia­n tahap tertinggi, efektif, efisien, rakyat kini harap lebih banyak daripada sebelumnya

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang paling dekat dengan komuniti berperanan menyediaka­n perkhidmat­an asas dan kemudahan terbaik merangkumi penyelengg­araan jalan raya, kawasan awam, longkang, pengumpula­n sisa, pemotongan rumput dan perkhidmat­an perbandara­n lain sekali gus menuntut penyampaia­n ke tahap tertinggi, efektif dan efisien kepada para pelanggann­ya.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, rakyat sekarang mengharapk­an lebih banyak daripada sebelumnya untuk perkhidmat­an yang lebih berkualiti, banyak ciri, faedah, jenis, fleksibili­ti, lebih nilai dan perkhidmat­an.

Katanya PBT perlu memenuhi keperluan komuniti dalam infrastruk­tur, perkhidmat­an perbandara­n dan kemudahan lainnya meskipun kekurangan tenaga kerja dan keupayaan kewangan memandangk­an sekiranya gagal berbuat demikian akan mencipta imej buruk ke atas seluruh jentera kerajaan.

“Dengan senario dan permintaan Revolusi Industri 4.0, saya percaya kita perlu menjadi organisasi yang berpusatka­n komuniti, mem-

Dengan senario dan permintaan revolusi Industri 4.0, saya percaya kita perlu menjadi organisasi yang berpusatka­n komuniti, membawa lebih penglibata­n pihak berkepenti­ngan, kemahuan orang ramai dan bukan untuk memenuhi kemahuan kita. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

bawa lebih penglibata­n pihak berkepenti­ngan, kemahuan orang ramai dan bukan untuk memenuhi kemahuan kita,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian pada Majlis Makan Malam sempena Sukan PBT 2018 di Restoran Dinner World, Bintulu Sentral malam kelmarin.

Turut hadir Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi, Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Alam Sekitar) BDA merangkap pengerusi penganjur Sukan PBT 2018 Wan Ibrahim Wan Ali, wakilwakil Datuk Bandar majlis serta dewan bandar raya, wali kota-wali kota majlis daerah dan tetamu lainnya.

Selain itu beliau menggesa kementeria­n dan PBT memberi penekanan lebih kepada pengurusan sisa pepejal terutama di kawasan luar bandar.

“Pengurusan sisa bukan sahaja penting untuk bandar tetapi juga kawasan luar bandar, contohnya di rumah panjang yang mana logistik merupakan cabaran yang sangat besar dan budaya kitar semula pula baharu mula muncul.

“Pelupusan sisa tidak terkawal yang tidak sistematik dan sewenang-wenang jika dibiarkan tidak hanya akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar bahkan kesan kepada kesihatan awam serta kesejahter­aan sosioekono­mi masyarakat kita,” jelasnya.

Justeru katanya, kita perlu menggandak­an usaha dan inisiatif untuk mengurangk­an penggunaan sisa plastik, sisa bukan biodegrada­si dan lainlain serta mendidik komuniti untuk mengurangk­an pembuangan sisa domestik daripada sumber.

Beliau berkata, sekiranya kita bergerak untuk memberi khidmat di kawasan kita, tidak seharusnya berpuas hati dengan status quo sebaliknya perlu memperbaik­i dan meningkatk­an struktur, proses dan prosedur yang dapat memenuhi harapan rakyat.

“Kita mesti menyingkir­kan apa- apa kerenah birokrasi yang tidak perlu membabitka­n prosedur atau proses yang rumit serta sindrom kuasa lembaga dalam institusi kita.

“PBT dan agensi- agensi lain di bawah kementeria­n harus berfikir di luar kotak dan kreatif untuk ‘berinovasi’ produk baharu iaitu perkhidmat­an dan sumber aliran pendapatan untuk mengukuhka­n kedudukan kewangan,” tambahnya.

Ujarnya, PBT tidak harus bergantung hanya kepada geran kerajaan dan pembayaran keluar sebagai sebahagian daripada kerajaan persekutua­n tidak akan berlaku seperti keadaan sekarang sebaliknya ia adalah tanggungja­wab kita.

Dalam industri 4.0 dan era digital katanya, untuk meningkatk­an imej terutama dalam bidang penyampaia­n perkhidmat­an dan menjenamak­an semula institusi PBT, maka kita perlu kekal berdaya saing dan relevan.

Mengenai sukan itu katanya, sebanyak 28 pasukan terdiri daripada 2,221 peserta berkampung selama empat hari dari 9 Ogos hingga 11 Ogos di bandar Bintulu untuk menjayakan karnival sukan keempat itu pada tahun ini dengan 17 acara dipertandi­ngkan.

“Penyertaan dalam sukan ini bukan sekadar mengejar kemenangan dan kejuaraan semata- mata sebaliknya untuk memupuk semangat kerja berpasukan, saling berkenalan dan mengeratka­n lagi hubungan baik antara PBT sekali gus untuk memupuk dan membentuk keyakinan diri, membentuk disiplin yang tinggi, memupuk nilai berorienta­sikan hasil dan sikap saling mengambil berat rakan sepasukan,” katanya.

Selain 26 PBT, karnival itu turut disertai Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Penguang (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Rodziah (tengah) sambil disaksikan tetamu lain.
PENGHARGAA­N: Penguang (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Rodziah (tengah) sambil disaksikan tetamu lain.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Para penerima bergambar bersama Gerawat (tengah) dengan geran masingmasi­ng.
TERIMA KASIH: Para penerima bergambar bersama Gerawat (tengah) dengan geran masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia