Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Abdul Rahman lawat mangsa ribut, hulur bantuan

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi mengadakan lawatan ke rumah mangsa ribut di Kampung Pasir Pandak di sini.

S e m a s a k u n j u n g a n kelmarin, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Pantai Damai turut menghulurk­an bantuan makanan dan wang tunai kepada mangsa ribut berkenaan.

Dr Abdul Rahman berkata, bantuan yang diberikan adalah sumbangan daripada Jawatankua­sa Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai.

“Bantuan ini disediakan kepada mangsa bencana. Ia bertujuan membantu mengurangk­an beban mangsa terutama ketika menghadapi musibah ini, “katanya ketika ditemui semasa lawatan itu kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang Rabu lalu, tiga rumah rosak di bahagian atap akibat kejadian terbabit.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Saptuyah Lipong, 63, berkata kejadian berlaku terlalu cepat sehingga mengakibat­kan bahagian belakang inap desa yang diusahakan­nya rosak.

“Ketika kejadian berlaku saya baharu sahaja menunaikan solat Asar. Kejadian berlaku terlalu cepat,” katanya.

Bagaimanap­un, Saptuyah menzahirka­n rasa bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

“Malah, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Dr Abdul Rahman kerana prihatin akan nasib kami.

“Dengan bantuan yang diberikan, ia sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban kami,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia