Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n dianggotai tokoh pentadbir, agama, akademik

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penubuhan Jawatankua­sa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutua­n satu pendekatan terbaik bagi menambah baik institusi-institusi Islam di Malaysia.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata jawatankua­sa itu ditubuhkan pada 30 Julai lepas setelah mendapat kelulusan Majlis RajaRaja Malaysia dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya ia dianggotai lima tokoh pentadbir, agama dan akademik, dalam usaha menambah baik semua institusi Islam peringkat persekutua­n di negara ini.

“Penubuhan satu jawatankua­sa di peringkat persekutua­n adalah untuk mencari pendekatan bagi menambah baik institusi Islam di Malaysia,” katanya pada Festival Kesenian Islam anjuran Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Limbang di pekarangan Masjid Baitul Iman di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Pengerusi PERKIM Limbang yang juga isteri Dr Abdul Rahman Ismail Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, bekas Pegawai Daerah Limbang yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Perayaan Islam Limbang Jamalie Busri, Pegawai Jabatan Agama Islam ( JAIS) Bahagian Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosely dan jemputan lain.

Beliau yang juga ADUN Pantai Damai menambah, jawatankua­sa itu berperanan menyelesai­kan dan menangani sebarang perkara yang boleh menjadi penghalang dan menganggu gugat pelaksanaa­n Islam dengan baik tanpa menyentuh sensitivit­i masyarakat dan agama lain.

Dr Abdul Rahman berkata, selain di peringkat persekutua­n, di peringkat negeri Sarawak, Majlis Islam Sarawak dibantu lapan agensi Islam bergerak bersama mencari pelbagai pendekatan dan hala tuju bagi memperkasa umat Islam di Sarawak.

Antaranya katanya JAIS, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah, Tabung Baitulmal Sarawak dan beberapa unit lain yang bergerak bersama merangka satu bentuk pendekatan memartabat­kan syiar Islam di Sarawak.

“Melalui pendekatan ini umat Islam mampu dipandang tinggi khususnya apa yang dilakukan dari segi pentadbira­n Islam.

“Kita juga meningkatk­an kegiatan Islam secara sederhana dan bermusyawa­rah (berbincang) dalam banyak perkara untuk menangani isu berkaitan Islam,” katanya.

Konsep bermusyawa­rah yang dilakukan jelasnya, banyak memberi kesan dalam melihat peningkata­n syiar Islam termasuk pelaksanaa­n infrastruk­tur keagamaan, masjid dan surau yang lengkap serta melaksana program keislaman dengan teratur dan tiada unsur yang mendatangk­an masalah.

“Pendekatan menghormat­i agama lain di Sarawak turut diamalkan. Ini akan diserapkan kepada generasi muda Islam yang akan mewarisi kepimpiman negeri Sarawak,” katanya.

Mengenai Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah, Dr Abdul Rahman berkata ia mampu menghimpun umat Is- lam serta mengeratka­n ukhuwah serta mengetenga­hkan kesenian Islam dan menerapkan semangat keislaman dalam diri generasi muda.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk gerai jualan, pertanding­an tulisan khat, pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak, pertanding­an nasyid dan aktiviti lain.

Program itu diadakan sebagai alternatif kepada masyarakat Islam untuk berhibur mengikut batasbatas syariat dan membuka peluang kepada penggemar dan penggiat seni Islam ke arah menyumbang hasil seni dan kreativiti kepada masyarakat.

 ??  ?? SENI ISLAM: Dr Abdul Rahman (dua kiri) menyerahka­n hadiah kepada pemenang pertanding­an khat semalam. Turut kelihatan Hasbi (kiri), Jamalie dan Awang Abdul Rahim.
SENI ISLAM: Dr Abdul Rahman (dua kiri) menyerahka­n hadiah kepada pemenang pertanding­an khat semalam. Turut kelihatan Hasbi (kiri), Jamalie dan Awang Abdul Rahim.
 ??  ?? MANFAATKAN: Rosey (enam kanan) bersama penerima geran MRP di Bekenu semalam.
MANFAATKAN: Rosey (enam kanan) bersama penerima geran MRP di Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia