Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat kesedaran penduduk pedalaman terhadap kepentinga­n jaga kebersihan diri, persekitar­an

-

LONG SAN (Baram): Klinik kesihatan di pedalaman Telang Usan digesa meningkatk­an program kesihatan bagi meningkatk­an kesedaran penduduk terhadap pentingnya penjagaan kebersihan diri dan persekitar­an.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, masih terdapat segelintir penduduk di pedalaman tidak sedar pentingnya penjagaan kesihatan sehingga menjejaska­n rutin harian mereka.

“Saya menyeru kakitangan di klinik desa di Ulu Baram khususnya Telang Usan meningkatk­an kesedaran melalui penganjura­n lebih banyak aktiviti berkaitan kesihatan di kawasan mereka.

“Langkah ini amat penting sebagai usaha jangka panjang kita menangani penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan penduduk luar bandar,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke 21 rumah panjang bagi meninjau Projek Pembanguna­n Luar Bandar (RTP).

di konstituen­si Telang Usan, baru-baru ini.

Dennis merujuk kepada penularan penyakit tangan kaki, dan mulut (HFMD) yang boleh membahayak­an nyawa sekiranya tidak ditangani dengan betul.

Beliau menambah, meskipun kawasan Baram terutama Telang Usan masih bebas daripada virus berkenaan, namun ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga- jaga dan tidak memandang mudah perkara ini.

Beliau menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak dan menjaga kebersihan sepanjang masa agar mereka tidak mudah dijangkiti penyakit.

 ??  ?? MESRA: Dennis bergambar bersama kanak-kanak semasa lawatan kerja ke Long San, baru-baru ini.
MESRA: Dennis bergambar bersama kanak-kanak semasa lawatan kerja ke Long San, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia