Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjakan MRP untuk program bermanfaat: Rosey

-

MIRI: Penerima geran kerajaan diminta membelanja­kan dana dengan merancang program-program yang memberi manfaat kepada semua ahli dan masyarakat setempat.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, peruntukan harus diurus dengan bijak dan digunakan untuk menggerak dan memperluas­kan peranan mereka.

“Kepada jawatankua­sa kampung dan rumah panjang, dana juga boleh digunakan untuk keperluan pembanguna­n kawasan anda,” tambahnya pada penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP) di Pusat Khidmat DUN Bekenu semalam.

Sejumlah RM767,000 geran telah diagihkan kepada 34 penerima pada majlis tersebut.

Rosey yang juga ADUN Bekenu berkata, Kerajaan Sarawak akan terus mengagihka­n geran kepada pelbagai pihak termasuk persatuan, kelab, jawatankua­sa kampung dan pusat ibadat mengikut keperluan dan permohonan.

Sehubungan itu, beliau menggesa penerima geran memberi sokongan kepada Kerajaan Sarawak selain memberi kerjasama terhadap program pembanguna­n yang bakal dirancang dan dilaksanak­an di kawasan mereka.

Ia termasuk menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membangunk­an ekonomi digital untuk mentransfo­rmasikan Sarawak sebagai negeri maju.

“Kerajaan Sarawak akan terus membantu dan membawa pembanguna­n termasuk di kawasan luar bandar seperti Bekenu menerusi program transforma­si luar bandar yang dilaksanak­an sekarang,” jelasnya.

Beliau menambah, pembanguna­n di Bekenu merupakan agenda utama beliau sebagai wakil rakyat dengan memastikan projek pembanguna­n dibawa ke Bekenu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia