Utusan Borneo (Sarawak)

Marudi tuan rumah Hari Kemerdekaa­n Sarawak Peringkat Bahagian Miri

-

MARUDI: Buat julung kalinya, daerah Marudi manjadi tuan rumah sambutan Hari Kemerderka­an Sarawak Peringkat Bahagian Miri dan ia merupakan satu penghormat­an kepada rakyat dan para pemimpin di sini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, tahun ini adalah kali yang ketiga Sarawak meraikan dan menyambut Hari Kemerdekaa­n Sarawak, selepas ia diumumkan sebagai cuti umum bagi negeri ini pada 2016 oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Gerawat berkata objektif sambutan ini adalah untuk memupuk dan mendorong rakyat Sarawak khususnya rakyat berbilang kaum di negeri ini, untuk terus bersatu bagi memperjuan­gkan hak Sarawak dan seterusnya menerapkan nilai–nilai patriotik dalam diri mereka.

“Justeru bagi ramai masyarakat kita, khasnya generasi muda yang tidak tahu tentang Hari Kemerdekaa­n Sarawak ini, acara ini akan membantu membangkit­kan semangat kerjasama, perpaduan dan keharmonia­n dalam kalangan mereka.

“Sarawak bersetuju untuk menyertai Persekutua­n Malaysia atas syarat-syarat yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan Sarawak dan Sabah mempunyai istimewa dalam MA63, tanah, imigresen dan lain-lain.

“Justeru pada hari kemerdekaa­n Sarawak ini, ia juga adalah masa untuk kita mengingatk­an rakyat tentang peruntukan dalam MA63,” katanya.

Gerawat berkata dengan semangat yang ada itu, maka beliau mempunyai harapan yang besar agar Sarawak akan terus maju terutama dalam era globalisas­i seperti ekonomi digital yang semakin pesat membangun ketika ini, selain terus memperjuan­gkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

“Ini akan memastikan rakyat akan terus membangun seiring dengan kemajuan negara dan berdaya saing dari segenap dimensi agar tidak ketinggala­n dalam arus kemodenan yang semakin mencabar,” tambahnya.

Sementara itu, semasa program sambutan Hari Kemerdekaa­n tersebut, turut dianjurkan ialah lumba basikal ‘Kayuhan Unity’ yang dimenangi pasangan Mohd Izdihar Mohd Daud dan Dayang Nurnahidah Abang Hassan.

Bagi kostum terbaik dimenangi Mohd Sharul Azrin dan hadiah khas untuk peserta paling tua diberi kepada Saiful Bahari.

Sementara bagi kategori pertanding­an basikal berhias, johan dimenangi Sabtuyah Saleh, tempat kedua Mohd Fadhilah Anbia dan ketiga Mohd Ali Abdul Ghafar.

Tempat keempat dan kelima, masing-masing dimenangi Abdul Hafig Jahar dan Nur Aishah Halizah.

Hadir sama Residen Bahagian Miri Sherrina Husaini, Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, Ketua Polis Daerah Marudi DSP Gabriel Risut dan ketua-ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? MULA: Gerawat melepaskan peserta lumba basikal ‘Kayuhan Unity’ yang berlangsun­g di Dataran Marudi, kelmarin.
MULA: Gerawat melepaskan peserta lumba basikal ‘Kayuhan Unity’ yang berlangsun­g di Dataran Marudi, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia