Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuhkan Unit Pakar Kanser dan Jantung di Hospital Sibu

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan David Wong mahu pihak kerajaan menubuhkan Unit Pakar Kanser dan Jantung di Hospital Sibu dengan segera.

Beliau berkata, unit pakar itu harus diwujudkan memandangk­an kawasan wilayah tengah ini sudah mempunyai satu juta populasi ketika ini.

“Terdapat permintaan tinggi untuk Unit Pakar Kanser dan Jantung di Hospital Sibu ditubuhkan untuk memberi perkhidmat­an kepada penduduk di kawasan tengah dan diharapkan Kementeria­n Kesihatan akan mengkaji isu ini dengan segera,” katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Menurut Wong, ini menjadi salah satu cadangan yang akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kesihatan oleh enam Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik ( DAP) dari kawasan wilayah tengah yang melawat Putrajaya dari 14 hingga 16 Ogos ini.

Jelasnya, kementeria­n lain yang akan dikunjungi delegasi wakil rakyat itu termasuk Kementeria­n Kerja Raya, Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Sumber Manusia, Kementeria­n Kewangan, Kementeria­n Pengangkut­an dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an.

Masih bercakap mengenai keperluan pakar tersebut, Wong menyaksika­n keperluan untuk menubuhkan Unit Pakar Kesihatan dan Kesihatan adalah terlalu lama tertangguh.

Pada masa ini katanya, ramai pesakit kanser dari wilayah tengah terpaksa menjalani rawatan di Kuching.

“Ini sudah semestinya melibatkan banyak perbelanja­an,” tegasnya.

Wong berkata, walaupun boleh menggunaka­n kereta ke Kuching untuk mendapatka­n rawatan perubatan namun perjalanan­nya memakan masa tujuh hingga lapan jam.

“Kami akan mengemukak­an isu ini kepada Menteri Kesihatan dan mendesakny­a untuk melihat perkara itu dengan segera,” ujarnya.

Selain itu jelasnya, mereka juga telah mengumpulk­an cadangan untuk perkara lain yang akan dikemukaka­n kepada pelbagai kementeria­n semasa lawatan mereka selama seminggu kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia