Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu teguh berdiri di belakang KM Sudah tiba masanya kita berganding bahu, bergerak seiringan menuntut hak Sarawak diambil kerajaan persekutua­n

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Rakyat perlu teguh berdiri di belakang KetuaMente­riDatukPat­inggi Abang Johari Tun Openg serta barisan kepimpinan Kerajaan Sarawak untuk sama-sama memperjuan­gkan hak Sarawak yang telah terhakis sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menegaskan, kini sudah tiba masanya kita bersama-sama berganding bahu dan bergerak seiringan dalam menuntut hak Sarawak yang diambil oleh kerajaan persekutua­n selama berdekad-dekad.

“Kita bukan mahu mencari gaduh dengan kerajaan persekutua­n namun hanya meminta mereka menghormat­i hak Sarawak dan Sabah yang terhakis sejak sekian lama...sama ada diambil secara sedar atau tidak oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan inspirasi dan denyutan nadi rakyat kerana mereka anak tempatan yang diberi amanah memikul tanggungja­wab membangunk­an negeri ini.

“Kita tidak rasis apabila menyebut hanya orang Sarawak tahu sentimen orang Sarawak kerana ia realiti yang semua orang faham.

“Mana mungkin orang terutama parti berpangkal­an di luar Sarawak mengatur dan menentukan hala tuju negeri Sarawak sedangkan kita mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber, berkelayak­an dan memahami keperluan mendesak negeri ini seperti Abang Johari yang dibantu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing sebagai Timbalan Ketua Menteri serta wakil rakyat yang lain,” ujarnya.

“Justeru, sokongan yang kuat dan padu akan memudahkan kerajaan menuntut hak Sarawak seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63 dipulangka­n semula

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan baharu SK Tabut. Turut kelihatan Adzhar (tengah) dan Karin serta guru-guru sekolah yang lain semalam.
SIMBOLIK: Dr Rayong memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan baharu SK Tabut. Turut kelihatan Adzhar (tengah) dan Karin serta guru-guru sekolah yang lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia