Utusan Borneo (Sarawak)

13 peserta sertai Benak Strong Man

-

Majlis Merarau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan ( SK) Tabut, Lidong, Betong sempena perasmian bangunan baharu sekolah itu semalam.

Katanya, hanya parti yang bermastaut­in dan orang Sarawak sahaja memahami selain hak milik penuh sumber asli iaitu minyak dan gas,” katanya.

“Kita sepatutnya boleh menjadi negeri terkaya namun disebabkan hak kita diambil maka semua sumber asli kita turut dibawa ke sebelah sana dan dipulangka­n dalam jum- lah yang tidak setimpal dengan keluasan negeri Sarawak...itu yang menjadikan kita sedikit bermasalah,” katanya.

“Kita tentunya masih ingat amanat Allaharyam Tok Nan yang mahu semua hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian MA63 antara Sarawak, Sabah dan Tanah Melayu hingga membentuk negara Malaysia dihormati sepenuhnya dan legasi Tok Nan diteruskan oleh Abang Johari dan beliau patut disokong sepenuhnya,” tegasnya.

Tambahnya, kita harus belajar daripada parti Warisan Sabah yang menyingkir­kan parti luar dan mahu Sabah diperintah anak jati Sabah dan turut menuntut hak mereka sama seperti Sarawak dari- pada kerajaan persekutua­n.

Bercakap lanjut, Dr Rayong mahu rakyat turut sama-sama menilai janji yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan ( PH) terutama berkaitan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus yang hanya dibayar berdasarka­n keuntungan dan bukan royalti seperti yang dijanjikan dalam kempen mereka.

“Setakat ini, janji tersebut nampaknya hanya janji dan mainan dalam manifesto mereka sahaja. Itu belum janji menurunkan harga barang selepas ketiadaan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang masih menyaksika­n tiada penurunan pada harga barang dan begitu juga harga minyak masih kekal,” ujarnya.

Mengenai masalah sekolah, beliau mahu Kementeria­n Pendidikan di bawah kerajaan baharu lebih serius membantu membangun serta membaik pulih kemudahan prasarana sekolah terutama di kawasan pendalaman.

“Sarawak sebuah negeri yang luas, mempunyai tadika, sekolah rendah dan menengah yang banyak maka wajar diberi peruntukan yang besar agar masalah sekolah daif tidak ada lagi di samping dibekalkan dengan kemudahan bekalan air dan elektrik 24 jam,” tegasnya.

“Kita tidak mahu kekurangan kemudahan yang begitu kritikal di semua sekolah terutama di pendalaman membantutk­an usaha Kerajaan Sarawak melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir menjelang tahun 2030,” katanya dan menambah, ibu bapa perlu memainkan peranan lebih aktif memantau perkembang­an pendidikan anak-anak dan tidak melepaskan tanggungja­wab tersebut di bahu guru-guru semata-mata.

Pada majlis sama, Dr Rayong mengumumka­n pemberian geran MRP bernilai RM5,000 kepada PIBG SK Tabut sebagai dana sekolah tersebut.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah Guru Besar Adzhar Rabu, Yang Dipertua PIBG Tuai Rumah Karin Bandang, para kaunselor, tuaituai rumah, guru-guru dari sekitar Lidong dan ibu bapa pelajar. SRI AMAN: Seramai 13 peserta mengambil menyertai pertanding­an Benak Strong Man 2018 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di Pusat Kawalan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman semalam.

Jurucakap penganjur berkata, pertanding­an julung kali sempena Pesta Benak itu bukan sahaja disertai penduduk tempatan malah turut mendapat sambutan pengunjung luar negara.

“Tahun ini, kita diberi tanggungja­wab mengelolak­an pertanding­an ini dan penyertaan kebanyakan­nya daripada penduduk tempatan dan satu penyertaan dari Brunei Darulsalam,” katanya.

Menurutnya, menerusi pertanding­an itu peserta diuji mengangkat besi berat dan tayar lori besar.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Mohamad (enam kiri) menerima cenderamat­a daripada Pejabat Kesihatan Masyarakat Bahagian Sarikei.
PENGHARGAA­N: Mohamad (enam kiri) menerima cenderamat­a daripada Pejabat Kesihatan Masyarakat Bahagian Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia