Utusan Borneo (Sarawak)

PEN suarakan isu kewarganeg­araan Orang Asal kepada kerajaan baharu

-

MIRI: Penan Empowermen­t Network (PEN) menyuaraka­n isu kewarganeg­araan Orang Asal sebagai salah satu deklarasi tuntutan kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PEN Elia Bit berkata usaha itu disuarakan kepada wakil- wakil rakyat PH pada perhimpuna­n Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) di Bau.

“Permasalah­an itu saya utarakan kepada Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol pada perasmian JOAS.

“Malah, ia diterima dan mendapat perhatian yang baik daripada kedua- dua wakil terbabit,” katanya menerusi WhatsApp kepada Utusan Borneo semalam.

Jelas Elia, Willie dalam ucapan perasmian JOAS tidak menafikan masih terdapat lebih 75,000 kes ketiadaan dokumen pengenalan diri dalam kalangan orang asal Sarawak terutama kaum Penan.

“Ujar beliau (Willie), wakil rakyat PH Sarawak menuntut agar sebuah badan khas ditubuhkan di bawah kerajaan berkenaan untuk mentadbir dan menguruska­n hal- hal keperluan Orang Asal.

“Begitu juga dengan Mordi, beliau menyatakan permasa- lahan dokumen pengenalan diri terus menjadi antara perhatian utama pada kerajaan PH sekarang,” tambahnya.

Pada Jun lalu, PEN turut berperanan membantu 50 orang terdiri daripada pelbagai kaum dari Hulu Baram memohon kad pengenalan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) di UTC Miri.

Usaha itu bagi membela nasib mereka mendapatka­n dokumen pengenalan diri memudahkan pelbagai urusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia