Utusan Borneo (Sarawak)

Daripada 41,472 guru di seluruh sarawak, lebih 10 peratus merupakan warga pendidik dari daerah Sibu sahaja

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Warga pendidik di daerah Sibu antara penyumbang utama kepada peningkata­n prestasi pendidikan Sarawak.

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus, daripada 41,472 guru di seluruh Sarawak, lebih 10 peratus merupakan warga pendidik dari daerah Sibu sahaja.

Oleh itu, beliau percaya bahawa kejayaan ini disumbangk­an para guru, guru besar dan pengetua sekolah di daerah Sibu.

“Jika kita lihat dari segi angkanya seperti yang kita sedia maklum, terdapat 23 sekolah menengah dan 93 sekolah rendah di daerah Sibu yang dipimpin 116 pemimpin (guru besar dan pengetua) yang mengetuai 4,208 guru.

“Kejayaan guru berkenaan telah membawa negeri kita kepada tahap yang amat membanggak­an,” katanya semasa berucap merasmikan Perayaan Hari Guru 2018 Peringkat Daerah Sibu anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Abang Mat Ali berkata demikian semasa meng- huraikan salah satu daripada empat tonggak utama dalam menentukan sama ada sesebuah sekolah itu berjaya menjadi sekolah berkualiti.

Empat tonggak utama berkenaan ialah pemimpin utama sekolah iaitu pengetua dan guru besar, kualiti para guru, kesediaan murid mengikuti proses pembelajar­an dan yang terakhir peranan ibu bapa dan komuniti.

Justeru, beliau berharap warga pendidik di daerah Sibu terutama para pengetua dan guru besar dapat meneruskan usaha untuk meningkatk­an prestasi masing-masing ke tahap lebih baik.

“Kita harapkan lebih 10 peratus guru itu nanti dapat memainkan peranan utama dalam menggerakk­an pen- didikan negeri Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.

“Itu yang kita harapkan dalam konteks perubahan transforma­si pendidikan negeri Sarawak selaras dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan,” katanya.

Dalam perkara lain, beliau turut mengalu- alukan 23 pengetua sekolah di daerah Sibu bagi mengisi empat kekosongan jawatan Program Rakan Pembimbing Peningkata­n Sekolah (SI Partners) Plus untuk daerah Sibu.

Beliau berkata, syarat permohonan adalah pengetua cemerlang atau pengetua berprestas­i cemerlang.

“Saya adalah pengerusi Panel Pembanguna­n Sumber Manusia Daerah Sibu pada tahun 2017, jadi tidak ada rahsia kerana kesemua 23 pengetua di daerah Sibu adalah berprestas­i cemerlang,” ujarnya.

Majlis dihadiri kira-kira 500 warga pendidik di daerah Sibu dengan pengisian program penyampaia­n sijil dan anugerah kecemerlan­gan kepada pengetua, guru besar dan guru.

Hadir sama Ketua Unit Pengurusan Perkhidmat­an PPD Sibu Nor Katerina Abdullah selaku pemangku Pegawai PPD Sibu.

 ??  ?? TAHNIAH: Mat Ali (tiga dari kiri) menyampaik­an Anugerah Kecemerlan­gan Akademik UPSR 2017 kepada Guru Besar SK Sacred Heart English hasil pencapaian gred A dalam semua mata pelajaran mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan.
TAHNIAH: Mat Ali (tiga dari kiri) menyampaik­an Anugerah Kecemerlan­gan Akademik UPSR 2017 kepada Guru Besar SK Sacred Heart English hasil pencapaian gred A dalam semua mata pelajaran mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para alumni yang hadir pada pertemuan tersebut merakam kenangan bersama pengurusan tertinggi PPKS/i-CATS Miri.
UNTUK ALBUM: Para alumni yang hadir pada pertemuan tersebut merakam kenangan bersama pengurusan tertinggi PPKS/i-CATS Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia