Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kumpulan wakil SMK Rosli Dhoby memenangi anugerah emas

-

SIBU: Tiga kumpulan mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Rosli Dhoby memenangi anugerah emas pada pertanding­an Young Innovators Challenge (YIC) sempena Pameran Inovasi dan Teknologi Sarawak (SAINTEX 2018) semalam.

Mereka ialah kumpulan Youniverse dinobatkan johan, Infinity RD dan Titans Inventor Team masing-masing naib johan dan tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, ketiga-tiga kumpulan menerima trofi dan sijil.

Sementara itu, kumpulan SHS T3 mewakili SMK Sacred Heart, The Three Frankenste­in (SMK Rosli Dhoby) dan White Shield (SMK Methodist) memenangi anugerah perak dan mendapat sijil.

Lima kumpulan menerima anugerah gangsa iaitu kumpulan 6 mewakili SMK Sungai Merah, Gen Z (SMK Methodist), Fantastic Science (SMK Lanang), Girl’Sard ( SMK Kampung Nangka) dan Super-G (SMK Methodist).

Sementara itu, johan dan penerima anugerah emas untuk Junior Innovate (JI) dimenangi kumpulan Super Techies mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwang.

SJK ( C) Thai Kwang menerusi kumpulan Quest Tech dan Kingstech meme- nangi tempat kedua dan ketiga dan mendapat hadiah trofi dan sijil.

Tiga kumpulan menerima anugerah perak iaitu kumpulan Savvy Youngsters mewakili SJK (C) Thai Kwang, Fantastic Boom dan Cool Partners (SK Bandaran Sibu No.3).

SK Abang Ali diwakili tiga kumpulan iaitu Abang Ali Kuat, Abang Ali Boleh dan Abang Ali Cerdik serta kumpulan JJ Team (SJK (c) Su Lai) memenangi anugerah gangsa.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Dekan Pusat Pengajian Pengkomput­eran UCTS Profesor Madya Dr Bakri Madon dan Naib Presiden Bakat dan Keusahawan­an Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) Sumitra Nair.

Hadir sama Pengarah Pusat Pendidikan dan Pembanguna­n Profesiona­l (CEPD) UCTS Profesor Madya Dr Ramli Rashidi.

STEM Playground, pameran interaktif berlangsun­g dua hari sempena SAINTEX 2018 anjuran Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Sarawak, Lembaga Multimedia Sarawak dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama UCTS.

Young Innovators Challenge adalah program inovasi muda yang dirancang membantu belia di Malaysia membangunk­an kemahiran teknikal dan inovasi dan keusahawan­an melalui bengkel, pertanding­an dan kem.

Pertanding­an YIC terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun.

Manakala pertanding­an Junior Innovate (JI) bermula tahun ini adalah pertanding­an memberi inspirasi kepada pencipta muda terhadap kemahiran hidup digital dalam kalangan murid sekolah rendah sebagai persediaan pekerjaan masa depan.

Pertanding­an JI terbuka kepada semua murid sekolah rendah berumur sembilan hingga 12 tahun.

 ??  ?? KEBANGGAAN SEKOLAH: Kumpulan Youniverse mewakili SMK Rosli Dhoby memenangi johan dan anugerah emas pertanding­an Young Innovators Challenge bersama (dari kiri) Sumitra, Bakri dan Ramli serta yang lain.
KEBANGGAAN SEKOLAH: Kumpulan Youniverse mewakili SMK Rosli Dhoby memenangi johan dan anugerah emas pertanding­an Young Innovators Challenge bersama (dari kiri) Sumitra, Bakri dan Ramli serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia