Utusan Borneo (Sarawak)

Pentadbir universiti akan berhimpun di Kuching, 18-20 Ogos

-

KUCHING: MASTI atau nama penuhnya Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) akan menganjurk­an Hari Pentadbir Universiti Awam (HPUA) 2018 dan Konvensyen Transforma­si Pentadbir Universiti Awam di bandar raya ini.

Program selama tiga hari itu akan bermula pada 18 hingga 20 Ogos ini di Hotel Waterfront, Kuching.

UNIMAS menerusi Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) telah diberi kepercayaa­n menjadi tuan rumah untuk konvensyen ini yang masuk kali kedua selepas penganjura­n yang pertama pada 2016 lepas.

Bertemakan ‘ Kepimpinan­Terunggul: Kotemporar­i dan Berpandang­an Jauh’, konvensyen ini dijangka dapat menarik lebih 150 pentadbir daripada universiti awam dan swasta di seluruh Malaysia.

Objektif konvensyen ini adalah sebagai salah satu aktiviti bagi menghimpun dan mengiktira­f para pentadbir di universiti awam sebagai simbolik bagi perpaduan antara staf pentadbira­n mereka.

Pelbagai program diadakan antaranya ‘Scavenger Hunt’ yang akan berlangsun­g di sekitar Tebingan Kuching, Jalan Carpenter, Lebuh India dan bangunan mahkamah lama.

Di setiap tempat sehenti, para peserta mencari barangbara­ng yang dinyatakan dalam soalan dan sebagai makluman, hasil kutipan daripada ‘Scavenger Hunt’ ini akan disumbangk­an kepada badan-badan kebajikan sekitar Kuching yang terpilih.

Pada hari kedua akan diadakan forum bertajuk ‘Pendidikan Tinggi Dalam Era Revolusi Perindustr­ian (IR4.0)’ dengan barisan panel seperti Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pemerkasaa­n Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) Nurul Izzah Anwar, Pengarah AKEPT Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIMAS Profesor Madya Dr Johari Abdullah dan Pengarah Bahagian Kerterliba­tan Industri dan Komuniti UNIMAS Noraziah Abdul Wahab.

Manakala barisan panel untuk sesi kedua forum yang bertajuk ‘ Modal Insan & Pendidikan Tinggi: Paradigma Abad Ke-21 terdiri daripada Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin, Pendaftar Universiti Teknologi MARA (UiTM) merangkap Pengerusi Majlis Pendaftar Universiti Awam Malaysia Azida Azmi dan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan.

Konvensyen ini turut mengadakan ‘coffee talk’ iaitu sesi perkongsia­n amalan terbaik universiti, pertanding­an poster, CSR dan pameran.

Pada konvensyen ini, turut disediakan beberapa anugerah antaranya Anugerah Kepimpinan Perdana MASTI, Anugerah Pentadbira­n Terbilang UA dan Anugerah Pentadbir UA.

Semua keputusan pertanding­an akan diumumkan pada Majlis Anugerah Pentadbir Universiti Awam 2018 pada sebelah malamnya.

Kemuncak konvensyen ini ialah Majlis Perasmian Sambutan Hari Pentadbir 2018 yang akan dirasmikan pada 20 Ogos 2018.

Maklumat lengkap berhubung Sambutan Hari Pentadbir 2018 boleh dilayari di http:// www. unimas. my/ haripentad­bir2018 atau menghubung­i pegawai iaitu Roziah Sakup di talian 082-583952 atau sroziah@ unimas.my dan Rozita Nawi (082-581205) atau nrozita@ unimas.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia