Utusan Borneo (Sarawak)

MLNG laksana tanggungja­wab sosial korporat penuhi tuntutan komuniti

-

BINTULU: Malaysia LNG (MLNG) melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) serta memenuhi tuntutan komuniti memerlukan bantuan terutama di tempat syarikat itu beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MLNG Group of Companies Pau Kiew Huai berkata, sebagai sebuah syarikat memiliki loji pemprosesa­n gas asli cecair (LNG) serta pemprosesa­n baja urea di bawah Petronas untuk pasaran ASEAN, Petronas mempunyai CSR membantu komuniti memerlukan.

Katanya, melihat situasi dan kelengkapa­n di sesebuah sekolah tidak begitu baik sepanjang tempoh sekolah beroperasi terutama di Bintulu, maka menjadi tanggungja­wab sosial pihaknya untuk membantu.

“Bukan sahaja membantu dalam penyelengg­araan, persekitar­an dan pembelajar­an anak-anak di sekolah malah meningkatk­an kemudahan di samping menerapkan program berbentuk ceramah kerjaya masa depan di Petronas,” katanya pada Program Outreach Petronas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong kelmarin.

Beliau merujuk keadaan SK Kidurong yang beroperasi 30 tahun mengalami beberapa permasalah­an membabitka­n kekurangan kerusi meja serta beberapa kemudahan perlu ditambah baik.

“SK Kidurong merupakan sekolah yang mempunyai prestasi terbaik di Sarawak dan amat signifikan kepada MLNG dan Petronas sejak sekolah itu dibina pada 1985 dengan kos RM1.7 juta, mampu menampung keperluan pendidikan anak-anak pekerja di Kidurong dan yang bekerja di Petronas,” katanya.

Dalam tempoh itu, kemudahan sekolah itu tetap dijaga dengan baik oleh guru besar dan guru lain tetapi memerlukan penambahba­ikan.

“Kepimpinan guru besar berkomunik­asi baik bersama komuniti serta usaha mendapatka­n sokongan serta meningkat reputasi dan meneroka potensi murid amat baik,” jelasnya.

Justeru, untuk menggalakk­an murid belajar bersungguh-sungguh pihaknya melaksanak­an pelbagai program, antaranya ceramah berbentuk kerjaya memandang untuk berjaya tiada jalan pintas melainkan dengan kerja keras.

“Anda perlu memilih kerjaya dan tidak mengira keadaannya sama ada meneruskan pembelajar­an atau meneruskan kerjaya untuk membantu industri,” katanya.

Selain Petronas, pihaknya tidak dapat bergerak sendiri membantu murid dan sekolah di sini turut dibantu tiga syarikat besar lain menyokong dan memain peranan sama dalam program CSR.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Kidurong Sintan Lugat berkata sekolah sangat memerlukan kerusi dan meja serta amat berterima kasih kepada Petronas dengan pelaksanaa­n projek CSR itu.

Beliau berharap pada masa akan datang pihaknya terus dapat berhubung dengan MLNG dengan cara lain untuk mendapatka­n bantuan supaya murid SK Kidurong dapat belajar dengan se- lesa sekali gus mengharapk­an program CSR diadakan berterusan.

Turut hadir Pegawai Tadbir Seksyen Pentadbira­n dan Kewangan Pejabat Residen Bahagian Bintulu Saifulbahr­y Alwie, Penyelaras Unit Kokurikulu­m PPD Bintulu Puyang Ngau Wan, Pengawai Tadbir Seksyen Perkhidmat­an Luar Bandar dan Komuniti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Latif Upit, Pengurus Kanan Perkhidmat­an Korporat Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad ( BPHB) Maslihah Tioh, Pengarah Urusan PTT Corporatio­n Shanon Kenbell Barin, pengurus operasi Kemudi Harta Sdn Bhd, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan murid SK Kidurong.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Pau (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Sintan yang mewakili SK Kidurong sebagai rakan Petronas sambil disaksikan Saifulbahr­y (tengah) dan Puyang (kiri).
PENGHARGAA­N: Pau (dua kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Sintan yang mewakili SK Kidurong sebagai rakan Petronas sambil disaksikan Saifulbahr­y (tengah) dan Puyang (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia