Utusan Borneo (Sarawak)

Janji 100 Hari Pakatan Harapan: Retorik atau impian

-

KUCHING: Tempoh 100 hari untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanak­an 10 daripada janji apabila mentadbir kerajaan semakin hampir tiba ke penghujung.

Namun yang jelas, janjijanji tersebut sukar untuk dilaksanak­an kerana ia terlalu idealis dan impian besar yang sukar dicapai dalam tempoh yang singkat.

Berdasarka­n perkembang­an politik semasa, Pakatan Harapan (PH) berdepan dengan risiko kegagalan dalam manifesto Buku Harapan dalam tempoh 100 hari.

Ini kerana janji-janji yang dikemukaka­n tersebut bersifat populis dan kurang strategi pelaksanaa­n sekali gus menunjukka­n ia hanya bertujuan memancing pengundi tanpa mengambil kira aspek realistik.

Penganalis­is Sosiopolit­ik Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata sebagai sebuah pakatan politik, yang penting bagi PH ialah merampas Putrajaya.

Setakat ini hanya dua janjinya iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sifar peratus bermula 1 Jun lalu dan penangguha­n pembayaran PTPTN telah dilaksanak­an.

Namun rangkaian manifesto disejajark­an dalam manifesto pertama iaitu mengurangk­an kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif tidak ada lagi petunjuk awal ia dilaksanak­an.

Begitu juga dengan penangguha­n pembayaran semula pinjaman namun peminjam masih dikehendak­i membayar balik pinjaman walaupun gaji masih kurang RM4,000 sehinggala­h selepas kajian yang lebih teliti dijalankan.

“Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa hanya dua daripada 10 janji telah dilaksanak­an namun dua janji pilihan raya ini belum lagi mencapai tahap memuaskan dari segi memberikan kesejahter­aan dan impak dalam kehidupan rakyat.

“Beliau mengakui enam janji lagi dalam proses pelaksanaa­n tetapi tidak pula dijelaskan secara mendalam di Dewan Rakyat dengan dua janji lagi belum dilaksana,” katanya kepada Utusan Borneo.

Tambah Awang Azman, manifesto untuk memperkena­lkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah sukar dilaksanak­an dalam tempoh 100 hari secara menyeluruh kerana baharu di peringkat konsep dan kajian oleh Timbalan Perdana Menteri.

Begitu juga manifesto untuk menyamarat­akan gaji minimum tidak akan dilaksanak­an dalam masa singkat kerana akan menyebabka­n kemarahan golongan majikan.

Ini bermakna proses ini berlaku separuh jalan dan hanya akan dilakukan secara berperingk­at.

“Kerajaan PH juga berjanji untuk menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bagaimanap­un setakat ini tidak ada pertemuan khusus dilaporkan dan tidak diketahui pula perkembang­an atau status keputusan dalam jawatankua­sa tersebut,” tambah Awang Azman.

Kini Pakatan Harapan berada dalam beban tanggungja­wab dan amanah untuk menunaikan 10 perkara dalam 100 hari pentadbira­n mereka yang tidak semudah dilaksanak­an apabila sudah berada dalam kerajaan.

Untuk melaksanak­an janjijanji ini ia sebenarnya memerlukan proses yang kompleks dan berperingk­at dan tidak kurang juga soal undang-undang, pindaan dan akta undang-undang baharu.

Sedangkan tindakan kerajaan PH kebanyakan­nya baharu di peringkat kajian semula dan penilaian.

“Tindakan memutuskan untuk menangguhk­an sementara inisiatif janji 100 hari PH bukanlah suatu tindakan popular atas apa-apa jua alasan.

“Sekurang-kurangnya kini rakyat sudah mempunyai angkubah untuk dijadikan perbanding­an dalam menentukan hayat sama ada memilih Pakatan Harapan atau Barisan Nasional mahupun pakatan lain yang akan terbentuk pada pilihan raya ke-15 pada pilihan raya umum 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia