Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan sebulat suara dicapai perwakilan pada Persidanga­n Delegasi Tahunan semalam

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengesahka­n ia akan menyertai Gabungan Parti Sarawak ( GPS) selepas perwakilan yang menghadiri Persidanga­n Delegasi Tahunan (ADC) berlangsun­g semalam sebulat suara menyokong tindakan parti keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai GPS.

Perkara itu dinyatakan Presidenny­a Datuk Dr Sim Kui Hian dalam satu sidang media sejurus selepasnya ADC yang diadakan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Beliau memberitah­u keputusan itu merupakan antara 11 resolusi yang dicapai semasa ADC tersebut yang disertai 404 perwakilan dari seluruh Sarawak.

“Mesyuarat ini adalah yang paling penting, di mana keputusan penting dibuat dan 11 resolusi telah dicapai dan salah satu ialah memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mengetuai penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Persetujua­n ini dicapai selepas beberapa perdebatan yang membina dalam kalangan delegasi dan selepas itu kita mengesahka­n SUPP menyertai GPS,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata SUPP menekankan 10 perkara berkepenti­ngan telah dipersetuj­ui sebelum ini harus dipatuhi bagi memastikan GPS tidak seperti BN.

Ini kerana katanya, GPS hanya ada satu peluang untuk melakukan perkara yang betul sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mesyuarat ini adalah yang paling penting, di mana keputusan penting dibuat dan 11 resolusi telah dicapai dan salah satu ialah memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mengetuai penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Datuk Dr Sim Kui Hian Presiden SUPP

Ia juga penting ujarnya, bagi mengelak GPS melakukan kesilapan sama ketika di dalam BN, jika tidak rakyat akan mengatakan GPS hanya bertukar nama tetapi isi kandungann­ya masih sama.

“Kita tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Kita mahu memastikan tidak hanya Kerajaan Sarawak yang kuat tetapi rakyatnya juga sama.

“Kita mahu rakyat Sarawak merasai banyak impak langsung daripada apa yang GPS lakukan.

“Jadi inilah usaha atau pergerakan yang mahu kita lakukan,” katanya.

Justeru ujarnya, 10 lagi resolusi dicapai ialah menyelesai dan mengesahka­n penerimaan keputusan Jawatankua­sa Kerja Pusat parti untuk keluar dan meninggalk­an BN.

“Ketiga, kita menyelesai dan mengesahka­n penubuhan GPS bersama PBB ( Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), PDP (Parti Demokratif Progresif) dan PRS (Parti Rakyat Sarawak) dengan 10 syarat dipersetuj­ui sebelum ini.

“Keempat, menggesa Kerajaan Sarawak mempertimb­ang peruntukan saham dalam Petros kepada semua rakyat Sarawak termasuk kelahiran baharu dan dividen diisytihar dengan bayaran dibuat secara tahunan kepada semua rakyat Sarawak, pihak berkepenti­ngan,” katanya.

SUPP juga katanya, meng- gesa Kerajaan Sarawak meminda Kanun Tanah Negeri bagi membolehka­n pertukaran semua hak milik pajakan tanah kepada penduduk di kawasan bandar, pinggir bandar juga tanah pertanian dimiliki individu kepada hak milik bebas, kekal serta tidak dikenakan sebarang premium dan kos-kos lain.

Resolusi keenam pula, katanya SUPP menggesa dan menyokong Kerajaan Sarawak memeruskan usaha mempertaha­nkan hak- hak pemilikan Sarawak terhadap sumber minyak dan gas negeri ini.

Ketujuh, SUPP menyokong penuh usaha-usaha Kerajaan Sarawak ketika ini untuk mengembali­kan hak- hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan mengikut Perlembaga­an Sarawak juga Perlembaga­an Persekutua­n, katanya.

“Resolusi kelapan ialah menggesa Kerajaan Sarawak menyediaka­n pengangkut­an awam percuma di Kuch- ing, Sibu, Bintulu, Miri dan bandar lain di Sarawak secepat mungkin.

“Kesembilan, kita menggesa Kerajaan Sarawak menyediaka­n RM2,000 kepada keluarga yang ada ahli keluargany­a meninggal dunia dan RM2,000 untuk rakyat Sarawak yang baharu lahir,” katanya.

Menurutnya kira- kira 12,000 kematian dilaporkan setahun di Sarawak manakala kelahiran baharu sebanyak 35,000 dengan kos ditanggung kerajaan ialah masing-masing RM24 juta dan RM70 juta.

Dr Sim berkata resolusi terakhir dicapai ialah menggesa Kerajaan Sarawak memperuntu­kan tanah pertanian yang sesuai untuk mereka yang benar-benar serius mengusahak­an pertanian secara moden.

“Kita mahukan satu dasar yang memberi impak kepada rakyat iaitu hasil kekayaan Sarawak perlu dinikmati setiap rakyat Sarawak,” ujarnya.

 ??  ?? 11 RESOLUSI: Dr Sim ketika mengadakan sidang media selepas Persidanga­n Delegasi Tahunan SUPP semalam.
11 RESOLUSI: Dr Sim ketika mengadakan sidang media selepas Persidanga­n Delegasi Tahunan SUPP semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia