Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP kecam tindakan henti penghantar­an pegawai veterinar bantu pemvaksina­n rabies

-

KUCHING: Tindakan kerajaan persekutua­n menghentik­an penghantar­an pegawai veterinar bagi membantu dalam pemvaksina­n rabies di Sarawak dikecam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang berkata keputusan itu tidak seharusnya dibuat oleh kerajaan yang dipilih rakyat dan untuk rakyat.

Beliau berkata keputusan itu tidak seharusnya diambil kerana kes-kes baharu rabies masih berlaku dan direkodkan hampir setiap hari di negeri ini.

“Ini adalah kerajaan baharu yang dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) tetapi mengambil keputusan untuk tidak membantu Sarawak membasmi rabies.

“Adakah ini menyampaik­an mesej kepada rakyat Sarawak iaitu nyawa kita tidak layak mendapat bantuan atau perhatian daripada kerajaan persekutua­n?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat SUPP di sini semalam yang turut dihadiri Setiausaha Pemuda SUPP Milton Foo.

Tiang menambah, alasan kekangan kewangan diberikan kerajaan persekutua­n tidak boleh diterima terutama apabila ia melibatkan nyawa.

Sarawak katanya, menyumbang hampir satu pertiga daripada pendapatan negara.

“Ke mana wang ini dibelanjak­an? Adakah benar tiba masanya untuk kerajaan pusat memulangka­h 50 peratus daripada hasil kutipan cukai kepada kita dan 20 peratus royalti minyak dan gas seperti dicanangka­n dalam manifesto mereka pada PRU lalu,” katanya.

Sementara itu, Foo mempersoal­kan menteri daripada PH Sarawak serta 12 Ahli Parlimen dari negeri ini yang tidak mempertaha­nkan kepentinga­n Sarawak.

“Pengerusi PH Sarawak (Chong Chieng Jen) adalah timbalan menteri dan pengerusi PKR (Baru Bian) pula menteri penuh tetapi mereka tidak mempertaha­nkan hak-hak Sarawak,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan sebagai berkata Jabatan Veterinar Persekutua­n telah menghentik­an penghantar­an pegawai-pegawai veterinar ke Sarawak untuk membantu kerja pemvaksina­n disebabkan kekangan peruntukan.

“Ia suatu yang amat menyedihka­n, Jabatan Veterinar Pusat berdepan kesukaran membantu usaha kita memastikan Sarawak bebas rabies dan kita merayu agar mereka mengkaji semula keputusan ini,” katanya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata beliau akan berkomunik­asi dengan Salahuddin Ayub semula.

Katanya perkara itu telah dimaklumka­n kepada Salahuddin ketika beliau mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 6 Julai lepas.

“Setakat ini, kita masih menunggu maklum balas daripada beliau,” ujarnya.

 ??  ?? TIDAK MASUK AKAL: Tiang (kanan) dan Foo pada sidang media di ibu pejabat SUPP, semalam.
TIDAK MASUK AKAL: Tiang (kanan) dan Foo pada sidang media di ibu pejabat SUPP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia