Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli digesa hadiri AGM PKR Bintulu pada 25 Ogos

-

BINTULU: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bahagian ini digesa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PKR Cabang Bintulu 2018 yang akan diadakan pada 25 Ogos ini di Hotel Li Hua di sini.

Menurut Pemangku Ketua Cabang PKR Bintulu Peter Jap, AGM itu dijangka akan dihadiri lebih 1,000 ahli PKR di bahagian ini.

Adalah difahamkan bahawa pemilihan wakil bagi negeri dan pusat akan turut diadakan di Bintulu pada 6 Oktober ini nanti.

“Proses pemilihan pada Oktober nanti, antara lain bermatlama­t mengukuhka­n lagi kedudukan PKR yang merupakan salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan,” ujarnya pada sidang media di Hotel Li Hua, kelmarin.

Cuma pemilihan ini nanti katanya, tidak lagi menggunaka­n kertas undi tetapi menggunaka­n siatem e-vote yang lebih pantas dan tepat, yang mana peranti khas akan digunakan bagi proses pengundian nanti.

Adalah difahamkan setakat ini, PKR Bintulu mempunyai sekitar 1,200 ahli berdaftar yang dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Dalam perkembang­an berkaitan, salah seorang wakil PKR Bintulu, Kelvin Kilo Lutan, turut menyuaraka­n isu berhubung kerosakan jalan khususnya di kawasan Kidurong pada masa sekarang, yang harus diperbaiki dengan segera oleh pihak berwajib demi keselamata­n semua pengguna yang menggunaka­n laluan berkenaan setiap hari.

Dalam pada itu katanya, kerajaan harus menunaikan janji- janji mereka semasa pilihan raya yang lepas, terutama projek bekalan air dan elektrik termasuk jalan di kawasan pedalaman demi keselesaan penduduk setempat.

“Pada masa sama, saya berharap kerajaan memandang berat akan isu berkaitan bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar khususnya di kawasan Sepupok, Suai termasuk Sebauh,” ujarnya.

Justeru, katanya adalah menjadi tanggungja­wab Kerajaan Sarawak menunaikan segala janji- janji mereka dalam pilihan raya lalu bagi memastikan kesinambun­gan pembanguna­n di negeri ini.

Untuk maklumat atau keterangan lanjut berhubung AGM, sila hubungi Peter di talian 0198892850 atau Kelvin (0193325538).

 ??  ?? DEMI RAKYAT: Peter (duduk, dua kanan) dan Kelvin (dua kiri), merakam kenangan bersama ahli parti yang lain selepas sidang media kelmarin.
DEMI RAKYAT: Peter (duduk, dua kanan) dan Kelvin (dua kiri), merakam kenangan bersama ahli parti yang lain selepas sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia