Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita putus pergelanga­n tangan kiri ditetak suami Suspek mengaku menetak isterinya kerana cemburu dan dendam

-

GEORGE TOWN: Seorang isteri putus pergelanga­n tangan kiri selepas ditetak suaminya yang cemburu dengan wanita itu dalam kejadian di kawasan parkir tingkat tiga flat Bayu Nyaman, Bayan Lepas dekat sini tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.55 tengah malam kelmarin dan bergegas ke tempat insiden sebelum mendapati wanita berusia 24 tahun berkenaan telah putus pergelanga­n tangan kirinya.

“Pada mulanya polis menerima maklumat berlaku kejadian ragut sehingga menyebabka­n mangsa cedera kerana ditetak suspek namun sebaik kami sampai di lokasi insiden, wanita itu didapati telah putus pergelanga­n tangan kirinya.

“Berdasarka­n siasatan awal, mangsa telah ditetak oleh suaminya dengan sebilah pisau sebelum suspek melarikan diri dan tiada barang berharga yang hilang daripada wanita itu,” katanya di sini semalam.

Katanya mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Anbalagan berkata pasangan itu dalam proses bercerai dan siasatan mendapati suami wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana dendam dan cemburu dengan mangsa serta mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain sejak dua tahun lepas.

Katanya, susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Task Force Ibu Pejabat Polis Barat Daya telah melancarka­n operasi mengesan suspek sebelum berjaya menahan lelaki berusia 39 tahun berkenaan di hadapan sebuah surau di Lebuh Maccalum, di sini jam 3 pagi.

“Suspek mengaku menetak isterinya kerana cemburu dan dendam, dia turut mengalami kecederaan ketika bergelut dengan mangsa. Lelaki itu yang mengalami cedera luka di tangan telah menerima rawatan di Hospital Balik Pulau,” katanya.

Beliau berkata lelaki yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut 326 Kanun Keseksaan. — Bernama

Berdasarka­n siasatan awal, mangsa telah ditetak oleh suaminya dengan sebilah pisau sebelum suspek melarikan diri dan tiada barang berharga yang hilang daripada wanita itu. Supt A.A Anbalagan Ketua Polis Daerah Barat Daya

 ?? — Gambar Bernama ?? HAMPA: Sebahagian orang ramai hampa setelah tidak dibenarkan masuk untuk melihat kapal layar Equanimity yang berlabuh di jeti Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang semalam.
— Gambar Bernama HAMPA: Sebahagian orang ramai hampa setelah tidak dibenarkan masuk untuk melihat kapal layar Equanimity yang berlabuh di jeti Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia