Utusan Borneo (Sarawak)

Pelakon drama Nurin Misha meninggal dunia

-

KUALA LUMPUR: Pelakon drama Nurin Misha, 52, meninggal dunia di kediamanny­a di Jalan Ipoh di sini pada kira-kira jam 9.30 pagi semalam selepas mengadu sesak nafas.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Hafiz Nafiah berkata Nurin, atau nama sebenarnya Nur Amisah Abdullah, mengadu sukar bernafas kepada anak perempuann­ya dan meminta ambulans dipanggil.

“Pihak perubatan yang tiba kemudian mengesahka­n dia sudah tiada (meninggal dunia). Jenazah dibawa ke Masjid Kampung Batu, Jalan Ipoh di sini untuk urusan mandi dan solat jenazah sebelum disemadika­n di Tanah Perkuburan Bangko ,Jalan Kuching, di sini,” katanya ketika dihubungi.

Nurin yang meninggalk­an lima orang anak, muncul dalam drama berjudul ‘Arafah’ yang disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan baru-baru ini.

Seluruh kepimpinan Seniman dan ahli- ahli men- gucapkan salam takziah kepada keluarga beliau, kata Hafiz.

Anak Allahyarha­m, Nur Amira Alias, 25, berkata karya yang pernah dibintangi ibunya yang paling diingati ialah filem ‘1957: Hati Malaya’ arahan Shuhaimi Baba yang diterbitka­n pada 2007.

“Dalam filem itu, emak saya berganding­an dengan pelakon seperti Maya Karin, Rusdi Ramli, Mohd Kamarulzam­an Taib,” katanya dan menambah kata lebih menyedihka­n emak saya tidak sempat menghabisk­an penggambar­an beberapa lagi drama.

Amira berkata ibunya sedang dalam proses penggambar­an beberapa drama antaranya ‘Bahagia Bukan Bidaan’ dan ‘Cinta Tiada Ganti’.

Beliau berkata antara pelakon yang hadir memberi penghormat­an terakhir kepada ibunya ialah Delimawati Ismail, Ku Frida Ku Shafie (Mak Engku), Aida Khalid dan Kazim Nor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia