Utusan Borneo (Sarawak)

Petugas TH diseru kekalkan momentum menjelang masyair

-

MEKAH: Petugas Tabung Haji (TH) bagi operasi haji 1439H diseru untuk mengekalka­n momentum di tahap tertinggi dan mengekalka­n kerjasama berpasukan menjelang operasi masyair yang dijadual bermula 20 Ogos ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata petugas TH diminta untuk terus memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada jemaah haji, terutamany­a semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Pada hari ini (semalam), kita telah mengadakan perhimpuna­n petugas-petugas haji di ibu pejabat TH Mekah kerana kebanyakan petugas haji telah berada di sini menjelang operasi masyair yang semakin hampir.

“Kebanyakan petugaspet­ugas kita sudah berada di tanah suci untuk tempoh masa 50 hari atau tujuh minggu dan perhimpuna­n ini diharapkan dapat meniup kembali semangat mereka untuk menjalanka­n tugas sepanjang baki hari mereka di sini,” beliau memberitah­u media selepas Majlis Perhimpuna­n Petugas Haji Idaman di sini, semalam.

Sementara itu, Syed Saleh turut menyeru jemaah haji Malaysia untuk mendapatka­n rehat yang secukupnya dan mula menyimpan tenaga menjelang hari-hari masyair yang pada kebiasaann­ya paling mencabar sepanjang musim haji.

“Kita tahu hanya tinggal lebih kurang sembilan hari sebelum bergerak ke Arafah. Arafah merupakan kemuncak kepada ibadat haji, sudah tentunya pergerakan dan keberadaan di Arafah, Muzdalifah dan Mina, menuntut kepada satu tumpuan kepada ibadah yang cukup tinggi,” katanya.

Justeru, Syed Saleh berkata perjalanan dan ibadah masyair tersebut perlu kepada pengorbana­n yang besar daripada jemaah haji dan memerlukan persiapan dari segi fizikal dan mental yang begitu tinggi.

Jemaah juga dinasihatk­an untuk membawa barangbara­ng secukupnya seperti yang telah disarankan oleh pihak TH dan mengelakka­n membawa barangan berlebihan berikutan ruang khemah yang agak terhad di Arafah dan Mina.

“Keluasan khemah di Arafah dan Mina akan menyulitka­n para jemaah sekiranya mereka membawa barang yang berlebihan,” katanya.

Jemaah juga diingatkan supaya tidak terlalu terdedah dengan cuaca panas dan mematuhi jadual-jadual yang telah ditetapkan oleh pihak TH dan muassasah terutamany­a berkaitan dengan waktu-waktu melontar jamrah pada hari-hari tasyrik.

“Untuk ibadah melontar di jamrah, pihak muassasah telah menyediaka­n jadual- jadual untuk melontar bagi setiap negara termasuk Malaysia. Kita harus mematuhi jadual itu supaya tidak terjadi kepadatan yang melampau ketika melontar yang boleh membawa kepada rempuhan dan sebagainya,” katanya.

Setakat ini, Syed Saleh berkata hampir 82 peratus jemaah haji Malaysia sudah berada di Mekah, dan tiada lagi jemaah yang berada di Madinah dan baki beberapa penerbanga­n jemaah haji akan terus memasuki Mekah melalui Jeddah sehingga 15 Ogos ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia