Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pertimbang untuk bentangkan belanjawan tambahan

-

SERDANG: Kerajaan mempertimb­angkan untuk membentang­kan belanjawan tambahan minggu ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami akan mempertimb­angkannya,” kata Dr Mahathir ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan akan membentang­kan belanjawan tambahan minggu ini, selepas beliau melawat pameran lukisan bertajuk ‘Tun M: A Forever Legacy’ di Universiti Perdana di sini semalam.

Mengenai pertikaian antara kerajaan terdahulu dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Dr Mahathir berkata: “Jadi kalau ia (RM18 bilion) tidak hilang, tunjukkan kepada kami di mana wang itu berada.”

Ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunaka­n wang itu untuk melunaskan sebarang pembayaran sejak memegang kuasa pada 10 Mei, perdana menteri berkata: “Kami kekurangan wang. Itu adalah hakikat.”

Dr Mahathir berkata PH kekurangan wang disebabkan banyak wang digunakan untuk membayar balik pinjaman dan melangsaik­an hutang.

“Wang digunakan untuk tujuan itu,” kata Dr Mahathir.

Perdana menteri berkata rakyat juga mengharapk­an kerajaan PH memberi mereka wang dengan percuma oleh kerana tabiat ini diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau (Najib) bebas memberi wang kepada rakyat dan kini rakyat berharap kami pula bebas memberi mereka wang. Tapi kami tidak ada wang,” katanya. — Bernama ALOR SETAR: Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) seharusnya dibantu untuk kembali semula ke identiti asal dan bukannya membangkit­kan isu untuk mengiktira­f hak golongan itu secara total, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata daripada sibuk mengecam golongan LGBT dengan mengatakan mereka sebagai ancaman ke- pada masyarakat, tumpuan seharusnya diberi kepada usaha untuk mendekati dan mendidik golongan itu agar kembali kepada fitrah asal mereka.

“Saya fikir isu ini tidak harus dilihat dalam satu kerangka yang salah, kita harus melihat dalam konteks mendidik bagaimana nak bawa mereka balik kepada identiti yang normal, yang sebenarnya, itu yang harus dilakukan.

“Dekati mereka (LGBT) secara lemah lembut, dan bawa sifat Rahmatan Lil ‘Alamin (rahmat bagi seluruh alam semesta) kerana Islam agama yang sangat menghormat­i setiap manusia,” kata Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlan­gan Pelajar Sekolah Kebangsaan Convent di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan bahawa golongan LGBT di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warganegar­a ini dan mereka tidak seharusnya didiskrimi­nasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

“Kalau mereka (golongan LGBT) didiskrimi­nasi dan dinafikan hak di tempat kerja, mereka boleh buat laporan,” kata Mahfuz. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia