Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan penting kekalkan keamanan, keharmonia­n

-

GEORGE TOWN: Malaysia bakal menyambut ulang tahun ke-61 kemerdekaa­n pada hujung bulan ini dan kalangan rakyat berpendapa­t perpaduan dalam kalangan masyarakat penting untuk mengekalka­n keamanan dan keharmonia­n negara.

Sejak mencapai kemerdekaa­n pada tahun 1957, integrasi penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama semakin kukuh walaupun pernah diuji dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Bagi Suleiman Tunku Abdul Rahman, anak perdana menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra A-Haj, adalah menjadi hasrat bapanya untuk Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang bersatu dengan setiap orang tanpa mengira bangsa dan agama boleh hidup dalam suasana aman, harmoni dan bahagia.

Beliau berkata perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia amat penting untuk mewujudkan keamanan negara di samping meningkatk­an ekonomi Malaysia.

“Perpaduan terhasil apabila rakyat daripada pelbagai etnik dan agama saling menghormat­i antara satu sama lain dan sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitivit­i agama dan budaya masing-masing demi keharmonia­n antara kaum,” katanya kepada Bernama di sini.

Peristiwa 13 Mei telah mengajar rakyat Malaysia betapa pentingnya perpaduan rakyat dijaga dengan utuh agar negara tidak binasa dan hancur akibat persengket­aan.

Namun, Suleiman, 59, berpendapa­t semakin hari, perpaduan negara semakin rapuh berbanding zaman 1960-an apabila semua penduduk hanya mahu dikenali sebagai warga Malaysia.

“Tidak banyak pihak pada ketika itu yang mementingk­an identiti etnik atau kaum mereka seperti Melayu, Cina, India atau Eurasia tetapi masing-masing hanya mahu dikenali sebagai ‘Malaysian’,” katanya.

Tetapi hari ini, beliau berkata terdapat ramai orang dan organisasi yang cuba mendapatka­n perhatian media tentang hak kaum dengan memainkan isu perkauman dan agama demi kepentinga­n diri.

“Perkara ini hanya mengundang masalah. Sebaliknya, kita mesti menghapusk­an perbezaan perkauman dan menumpukan lebih banyak perhatian merapatkan jurang kebudayaan, agama dan sosioekono­mi dengan berusaha ke arah perpaduan untuk mencapai keamanan, keharmonia­n, kemakmuran dan kehidupan yang lebih baik bagi kita semua,” katanya.

Perkembang­an pantas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga antara penyebab masalah perpaduan semakin rapuh dengan perkara-perkara yang terlalu sensitif kini bebas diperkatak­an di laman sosial sehingga mengguris perasaan mereka yang terlibat.

Tan Ai Kim, 95, turut berkongsi pandangan yang sama dengan Suleiman, dan berkata perkara itu amat menyedihka­n kerana penduduk sekarang tidak lagi banyak bertegur sapa dan perpaduan kini tidak lagi sebaik zaman dahulu.

Beliau yang tinggal di kampung di Jalan Butterwort­h, Kepala Batas berkata orang kampung dahulu dapat hidup dalam suasana harmoni kerana sikap suka tolong-menolong tanpa mengira bangsa dan agama.

Katanya, hubungan antara kaum Melayu, Cina, India kini sudah tidak macam dahulu kerana penduduk sekarang kebanyakan­nya tinggal di pangsapuri dan tidak lagi aktif mengamalka­n budaya tolong menolong, mereka jarang mengenali jiran dan tidak suka bertegur sapa.

“Walaupun saya bukan dilahirkan di Malaysia, tetapi saya telah lebih 60 tahun duduk sini jadi saya dapati penduduk negara ini amat peramah tetapi zaman teknologi ini telah menyebabka­n ramai orang kurang bermasyara­kat,” kata Tan yang dilahirkan di Haikou, China dan datang ke Malaysia pada tahun 1946.

Beliau berkata perpaduan yang dibina selama ini dan berjaya dipertahan­kan sehingga sekarang adalah kerana faktor saling percaya dan hormatmeng­hormati dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum tetapi perkara itu kini kelihatan semakin terhakis.

Sementara itu, bekas eksekutif perubatan K.Subramania­m, 63, berkata semangat perpaduan orang dahulu boleh sampai ke tahap berkongsi makanan yang dimasak sesama jiran dan menemani kawan ke tempat beribadat.

Beliau yang berasal dari Air Itam berkata kehidupan dahulu sangat gembira kerana semua lapisan masyarakat dapat bergaul tanpa sempadan dan amalan tolong menolong antara jiran tetangga sentiasa wujud.

“Saya masih ingat ketika di bangku sekolah rendah, saya pernah menemani kawan saya ke gereja dan kawan saya juga pernah menemani saya ke kuil untuk sembahyang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia